KERAJAAN komited untuk terus meningkatkan tahap prestasi perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik di dalam negara dengan mensasar mengurangkan tempoh masa gangguan kepada 18 minit bagi setiap pelanggan dalam setahun, menjelang 2020.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata sasaran itu, diyakini dapat dicapai sepenuhnya menerusi pelaksanaan sistem pemantauan pembekalan tenaga elektrik yang berkesan, dikenali sebagai Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (SAIDI).
Katanya, sistem bekalan tenaga elektrik bertambah baik dengan pengenalan SAIDI, yang mana menerusinya, ia berjaya mengurangkan tempoh gangguan kepada 80 minit bagi setiap pelanggan setahun di Semenanjung daripada 148 minit pada 2005 (pengurangan 48 peratus).
“Justeru, melihat kepada kejayaan ini, kerajaan mensasarkan mengurangkan bilangan gangguan kepada 18 minit (bagi setiap pelanggan), menjelang 2020,” katanya dalam ucaptama di perasmian Forum Tahunan Tenaga Asia Ke-2 2009 (AAPF), di Kuala Lumpur, semalam.
Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Nor Azmal Mohd Nazir. SAIDI adalah indeks yang memberikan maklumat mengenai purata tempoh masa gangguan bekalan elektrik dalam minit dialami pengguna dalam sesuatu tempoh.
Chin berkata, SAIDI bagi Sabah untuk tempoh empat tahun lalu turut berjaya dikurangkan, iaitu sebanyak lapan peratus manakala Sarawak pula berjaya menurunkannya 12 peratus dari 2005 sehingga 2008.
Bagi mengukuhkan lagi sistem pembekalan tenaga elektrik di dalam negara, katanya, kerajaan memperuntukkan RM796.1 juta bagi menaik taraf mutu perkhidmatan pembahagian, penghantaran serta pembekalan elektrik luar bandar.
“Liputan bekalan elektrik di Malaysia dijangka meningkat kepada 95.5 peratus pada 2010 daripada 92.9 peratus pada 2005, manakala kadar pembekalan elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak, masing-masing dijangka meningkat daripada 72.2 peratus dan 80.8 peratus (2005) kepada 82.6 peratus dan 93.2 peratus, menjelang 2010,” katanya.
June 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com