June 25, 2009

IKKL guna pakai metodologi Indeks Global FTSE

KUALA LUMPUR 24 Jun - Bursa Malaysia hari ini berkata, indeks petunjuk pasarannya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) akan mengguna pakai metodologi indeks global FTSE dan dinamakan sebagai FTSE Bursa Malaysia IKKL bermula 6 Julai.

FTSE Bursa Malaysia IKKL akan diselaraskan tanpa apungan dan mudah tunai-diimbas bagi memberikan kepada pelabur indeks yang boleh dilabur dan boleh diniagakan yang akan mengekalkan ciri-ciri pasaran pendasar.

Buat permulaannya, komponen FTSE Bursa Malaysia IKKL akan terdiri daripada 30 syarikat Papan Utama Bursa Malaysia yang layak, kata pengendali bursa saham itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengiraan akan berasaskan kepada permodalan pasaran boleh dilabur.
Kiraan FTSE Bursa Malaysia IKKL adalah pada asas 15 saat berbanding 60 saat yang diguna pakai IKKL ketika ini.

Penambahbaikan kepantasan pengiraan indeks ini mustahak kepada pelabur kerana mereka boleh menjejaki dengan rapat aktiviti dagangan, kata Bursa Malaysia.
Ia berkata, nilai indeks pembukaan pada 6 Julai adalah berasaskan kepada nilai penutup IKKL pada Jumaat.

Sebagai contoh, sekiranya IKKL ditutup pada Jumaat, 3 Julai pada 1,000 mata, indeks itu akan dibuka pada Isnin, 6 Julai pada 1,000 mata.

Pengiraan indeks itu kemudiannya akan berasaskan kepada 30 komponen tersebut.
Berikutnya dengan peralihan itu, FTSE Bursa Malaysia Large 30 Index sedia ada akan ditamatkan pada 6 Julai.

Susulan peralihan itu, FTSE Bursa Malaysia 100 Index akan dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia Top 100 dan ciri-cirinya kekal tidak berubah. - Bernama

Produk kewangan yang menggunakan FTSE Bursa Malaysia Large 30 Index atau KLCI, seperti
FBM30etf, Kuala Lumpur Composite Index Futures (FKLI) dan Kuala Lumpur Composite Index Options (OKLI) akan mengguna pakai FTSE Bursa Malaysia KLCI sebagai indeks pendasarnya bermula 6 Julai.

Sebagai sebahagian daripada Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia IKKL akan disemak semula setiap Jun dan Disember oleh jawatankuasa indeks bebas bagi pematuhan kepada Peraturan Asas siri indeks FTSE Bursa Malaysia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers