TH Indo Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Tabung Haji, memperoleh kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM65 juta daripada Asian Finance Bank Bhd (AFB) bagi membiayai modal kerja ladang sawitnya di Riau, Indonesia. Ketua Eksekutif AFB, Datuk Mohamed Azahari Kamil (kanan), berkata kemudahan pembiayaan berjangka yang berkonsepkan Tawarruq itu adalah untuk tempoh setahun. Beliau berkata, selain membuka peluang kepada AFB sebagai sebuah institusi kewangan Islam asing untuk menjalin hubungan strategik dengan Tabung Haji, penyaluran pembiayaan ini juga dilihat sebagai pembuka laluan bagi hubungan lebih erat antara Malaysia, Indonesia dan Asia Barat.
“Memandangkan harga minyak sawit yang tinggi, pelaburan ini dijangka menjana keuntungan menggalakkan bagi Tabung Haji dan kami di AFB akan meneruskan komitmen menyediakan sokongan kewangan diperlukan bagi membantu pengembangan operasi TH Indo Industries pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian perjanjian kemudahan pembiayaan itu di Kuala Lumpur, semalam. Pada majlis itu, TH Indo diwakili Pengarah Urusan TH Plantations Bhd yang juga Pengarah TH Indo, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, manakala AFB oleh Mohamed Azahari. Pada majlis itu, Tabung Haji turut memeterai perjanjian melantik AFB sebagai sebagai ejen penerimaan depositnya.
Bagi perjanjian itu, Mohamed Azahari mewakili AFB, manakala Tabung Haji oleh Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Kamarudin Mat Ali. Mengenai operasi AFB, Mohamed Azahari, aset pembiayaan bank yang dimiliki bersama antara Qatar Islamic Bank (70 peratus), RUSD Investment Bank Inc dari Arab Saudi (20 peratus) dan Financial Assets Bahrain WLL (10 peratus), itu dijangkakan akan mencapai RM1 bilion menjelang akhir tahun. Ketika ini, katanya AFB sudah menyalurkan pembiayaan bernilai RM600 juta kepada pelanggannya yang terdiri daripada sektor korporat yang terbabit dalam pelbagai industri seperti minyak dan gas, perladangan, penjana tenaga bebas (IPP) dan hartanah. Katanya, tumpuan AFB setakat ini adalah kepada sektor korporat, walaupun dua cawangannya, masing-masing di Kuala Lumpur dan Johor Baharu turut menyediakan khidmat bernilai tambah kepada pelanggan runcit seperti menerima deposit untuk pendeposit Tabung Haji, menyediakan khidmat penulisan wasiat dan pengutipan zakat.
Mohamed Azahari berkata AFB memulakan operasi pada 2007, bercadang menambah tiga lagi cawangannya selain membuka sebuah lagi pejabat perwakilan, iaitu di Brunei.
June 30, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com