June 24, 2009

Harga saham lebih rendah pada penutupan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan dagangan pada paras lebih rendah hari ini kerana pelabur terus berhati-hati berikutan ramalan Bank Dunia tentang kemelesetan global yang semakin meruncing tahun ini.

Bank Dunia mengunjurkan kemerosotan ekonomi dunia sebanyak 2.9 peratus tahun ini dan penyusutan pelaburan di negara-negara membangun. Antara kaunter-kaunter yang mencatatkan belian cergas ialah UEM Land dan MISC.

Indeks Komposit Kuala Lumpur mengakhiri dagangan 1.49 mata lebih rendah pada 1,044.48.
Indeks Perusahaan naik 10.60 mata kepada 2,332.03 manakala Indeks Perladangan susut 38.96 mata kepada 5,277.64 dan Indeks Kewangan turun 66.44 mata kepada 8,299. Indeks Teknologi jatuh 0.25 mata kepada 13.93.

Indeks FBMEmas 30.63 mata lebih rendah pada 6,964.64, Indeks FBM30 turun 30.8 mata kepada 6,683.32, Indeks FBM2BRD jatuh 63.75 mata kepada 4,638.89 dan Indeks FBMMesdaq hilang 60.48 mata kepada 3,971.87.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 451 berbanding 214 manakala 204 kaunter tidak berubah, 359 tidak diniagakan dan 38 digantung urus niaga.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.369 bilion saham bernilai RM1.522 bilion daripada 1.238 bilion saham bernilai RM1.305 bilion semalam.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 10 sen kepada RM6.75, Maybank kekal pada RM5.60, Bumiputra-Commerce Holdings jatuh 30 sen kepada RM8.75 dan MISC mengukuh 15 sen kepada RM8.70.

Jumlah dagangan di Papan Utama bertambah kepada 1.176 bilion saham bernilai RM1.472 bilion daripada 1.088 bilion saham bernilai RM1.27 bilion semalam.

Di Papan Kedua jumlah dagangan meningkat kepada 103.779 juta saham bernilai RM33.673 juta daripada 63.725 juta saham bernilai RM20.535 juta sebelumnya.

Bagaimanapun, pasaran Mesdaq mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 59.103 juta saham bernilai RM10.391 juta daripada 64.899 juta saham bernilai RM10.22 juta.

Sementara itu, warant bertambah kepada 23.662 juta unit bernilai RM3.514 juta daripada 15.649 juta unit bernilai RM2.595 juta.

Sektor barangan pengguna menguasai 30.607 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 314.386 juta, pembinaan 106.397 juta, perdagangan/perkhidmatan 395.146 juta, teknologi 11.307 juta, prasarana 22.419 juta, kewangan 66.053 juta, hotel 2.853 juta, harta 187.347 juta, perladangan 37.319 juta, perlombongan 0, REIT 2.186 juta, dan dana tertutup 39,000.
— Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers