June 24, 2009

Bernas jamin harga beras kekal

PETALING JAYA 23 Jun - Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) memberi jaminan bahawa harga beras di negara ini kekal sepanjang tahun bagi menjaga kepentingan rakyat terutamanya golongan bawahan.

Ini berikutan harga beras di pasaran global didapati stabil pada waktu ini dan tidak menunjukkan peningkatan.

Pengarah Urusannya, Bakry Hamzah berkata, pihaknya akan memastikan pengeluaran beras menepati paras harga siling iaitu antara RM1,650 setan metrik hingga RM1,800 setan metrik.
Katanya, paras harga berkenaan sudah mengambil kira kos subsidi daripada kerajaan.

''Sekiranya tidak mengambil kira subsidi kerajaan, kos pengeluaran beras ST 15 adalah RM2,150 setan metrik dan ia membebankan rakyat terutamanya golongan yang tidak
berkemampuan,'' katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Bernas di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Pengerusi Bernas, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Shahabudin.
Bakry menambah, kerajaan memberi subsidi kepada 40,000 tan metrik beras untuk kegunaan di Semenanjung manakala sebanyak 15,000 tan metrik lagi untuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya, daripada subsidi 40,000 tan metrik beras di Semenanjung itu sebanyak 31,000 tan metrik dikeluarkan oleh Bernas manakala selebihnya dikeluarkan oleh syarikat lain.
Di Sabah dan Sarawak pula, hampir keseluruhan beras dikeluarkan oleh Bernas.
Malaysia menghasilkan 70 peratus beras keperluannya manakala 30 peratus lagi diimport dari negara jiran.

Sebanyak 80 peratus beras yang diimport datang dari Thailand dan Vietnam manakala 20 peratus lagi adalah dari Pakistan dan India.

Sementara itu, Abdul Jabbar memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk mengimport beras dan negara tidak terlalu bergantung kepada beras yang diimport dari Pakistan dan India memandangkan negara-negara berkenaan hanya mengeluarkan beras Basmathi dan beras wangi.

Beliau berkata, Vietnam menjadi antara penyumbang beras import terbesar sejak awal tahun ini berikutan langkah Malaysia yang mahu mengalih kebergantungan terhadap Thailand yang sering dilanda ketegangan politik.

''Sebanyak 80 peratus beras simpanan dari Vietnam diimport ke Malaysia,'' ujarnya.
Tambah Abdul Jabbar, Malaysia kini mempunyai simpanan beras sebanyak 292,000 tan metrik manakala simpanan beras import pula melebihi 600,000 tan metrik.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers