KUALA LUMPUR 22 Jun - Industri insurans Malaysia kini melalui transformasi bagi mewujudkan asas yang kukuh supaya industri itu lebih kompetitif dan berdaya tahan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Malaysia.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim, berkata, Malaysia telah melaksanakan kerangka kerja modal berasaskan risiko tahun ini dan pengawalan produk baru.
Beliau berkata, perkembangan itu merupakan sebahagian daripada langkah yang lebih luas ke arah memperkenalkan regim kawal aturan berasaskan prinsip yang akan membolehkan fleksibiliti bagi penginsurans untuk bersaing dan meningkatkan prestasi.
"Lewat tahun ini, BNM akan berunding dengan industri itu mengenai piawaian pengurusan risiko yang perlu dipatuhi oleh penginsurans yang merupakan sebahagian daripada evolusi itu," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Isu-isu strategik LOMA/LIMRA ke-17, di sini hari ini.
Persidangan itu bertema 'Ekonomi Baru Global: Ketahanan Semasa Tempoh Mencabar', dianjurkan bersama oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia.
Ia berperanan sebagai platform untuk ketua-ketua industri perkhidmatan kewangan di Asia membincangkan perkembangan terkini industri berkenaan.
Muhammad berkata, saluran pengedaran produk dan perkhidmatan insurans juga sudah diperluaskan dengan pelaksanaan bancassurance dan penasihat kewangan.
"Ia akan menyumbang terhadap meningkatkan perolehan dan mengurangkan kos, dan pada masa yang sama meningkatkan perlindungan pengguna serta memperbaiki kadar penembusan insurans di Malaysia," katanya.
Pada April lepas, BNM mengumumkan pakej liberalisasi bagi sektor kewangan yang bermatlamat mengukuhkan saling hubungan dalam ekonomi Malaysia dengan ekonomi lain, selain meningkatkan peranan sektor kewangan sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi.
Dalam sektor insurans, langkah-langkah itu termasuk kelulusan lesen takaful keluarga yang baru dengan had yang lebih tinggi sehingga 70 peratus ke atas penyertaan ekuiti asing dalam syarikat insurans, operator takaful dan insentif untuk penyepaduan dan rasionalisasi industri insurans.
Ia juga meliputi pemansuhan sekatan ke atas penubuhan cawangan dan hubungan dengan bancassurance, selain fleksibiliti untuk mengambil pakar asing.
"Perkembangan ini akan mewujudkan peluang untuk penginsurans mengukuhkan kewangan, memulihkan keyakinan pengguna dan memberi respons proaktif terhadap kehendak pengguna yang berubah dalam persekitaran yang tidak menentu ini," katanya.
Beliau berkata, dalam menjayakan peluang-peluang ini, industri insurans perlu memahami bahawa dunia sudah banyak berubah, dan oleh itu industri juga perlu melaksanakan dimensi baru.
"Keutamaan industri itu wajar seimbang antara melindungi kekuatan serta tujuan asal insurans, dan pada masa yang sama komited untuk membuat perubahan bermakna yang diperlukan untuk menjamin daya maju dalam jangka panjang dan menyumbang terhadap kestabilan kewangan," katanya.
LOMA ialah persatuan antarabangsa dengan lebih 1,200 syarikat insurans dan perkhidmatan kewangan dari lebih 80 negara terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pendidikan bagi meningkatkan operasi syarikat.
LIMBRA ialah persatuan yang melaksanakan kajian, perundingan dan perkhidmatan lain untuk syarikat perkhidmatan insurans dan kewangan, di seluruh dunia. - Bernama
June 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com