KUALA LUMPUR 22 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini setelah sentimen pasaran menjadi lemah dengan kebimbangan peningkatan kes Influenza A (H1N1) di Malaysia, kata para peniaga.
Walaupun kenaikan di pasaran Asia, bursa tempatan kehilangan momentumnya selepas keuntungan sebelumnya ditarik turun oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi, kata mereka.
Semasa dagangan ditutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turun 13.53 mata kepada 1,045.97.
Indeks Perladangan susut 12.03 mata kepada 5,316.6, Indeks Perusahaan turun 32.62 mata kepada 2,321.43 dan Indeks Kewangan jatuh 128.26 mata kepada 8,365.44.
Indeks FBMEmas turun 103.26 mata pada 6,995.27, Indeks FBM30 jatuh 81.71 mata kepada 6,714.12, Indeks FBM2BRD susut 111.51 mata kepada 4,702.64 dan Indeks FBMMesdaq
berkurangan 107.16 mata kepada 4,032.35.
Saham rugi mengatasi untung pada 602 berbanding 116 manakala 146 kaunter tidak berubah, 363 tidak didagangkan dan 39 digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 1.238 bilion saham bernilai RM1.305 bilion daripada 1.352 bilion saham bernilai RM1.522 bilion pada Jumaat lepas.
Bagi saham wajaran tinggi, Sime Darby susut 15 sen kepada RM6.85, Maybank rugi 10 sen kepada RM5.60, Bumiputra-Commerce jatuh 20 sen kepada RM9.05 dan Tenaga Nasional berkurangan 20 sen kepada RM7.35.
Jumlah dagangan di Papan Utama berkurangan kepada 1.088 bilion saham bernilai RM1.27 bilion daripada 1.218 bilion saham bernilai RM1.48 bilion pada Jumaat lepas.
Di Papan Kedua, jumlah dagangan susut kepada 63.725 juta saham bernilai RM20.535 juta daripada 76.698 juta saham bernilai RM29.157 juta sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah dagangan di pasaran Mesdaq berkurangan kepada 64.899 juta saham bernilai RM10.22 juta daripada 32.9 juta saham bernilai RM6.323 juta pada Jumaat lepas. Waran berkurangan kepada 15.649 juta unit bernilai RM2.595 juta daripada 19.705 juta unit
bernilai RM3.374 juta sebelumnya.
Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 41.657 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 273.059 juta, pembinaan 97.94 juta, dagangan/perkhidmatan 320.851 juta, teknologi 11.977 juta, infrastruktur 22.501 juta, kewangan 66.312 juta, hotel 6.259 juta, hartanah 215.957 juta, perladangan 29.861 juta, perlombongan 117,200, REIT 1.958 juta, dan dana tertutup 131,300. - Bernama
June 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com