June 22, 2009

Harga saham tidak berubah

KUALA LUMPUR 21 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak mendatar minggu depan berikutan pelabur masih belum pasti tentang kedudukan ekonomi, kata para peniaga.
Penganalisis Kanan MIMB Investment Bank, Rosnani Rasul berkata, pasaran dijangka naik turun minggu depan berikutan tanggapan pesimis pelabur terhadap pemulihan ekonomi yang dijangka perlahan.

"Pasaran memberi reaksi mengikut keadaan berita, dan sudah pasti ada berita baik dan ada berita buruk," katanya.
Rosnani bagaimanapun berkata, adalah lebih baik jika pasaran dapat membuat pembetulan sendiri, turun ke paras 1,000 mata.

"Petunjuk ekonomi kini masih tidak baik. Oleh itu, pasaran wajar membuat pembetulan selanjutnya sebelum ia dapat mencatatkan aliran harga meningkat," katanya.

Berdasarkan senario semasa, Rosnani menjangkakan sokongan serta-merta Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) pada 1,040 mata dan sokongan terendah pada 1,000 mata, dengan ketahanan pada 1,075 dan paras rendah 1,100 minggu depan.

Beliau berkata, pasaran tidak bergerak pantas ketika ketiadaan petunjuk mengenai pemulihan ekonomi selain kurangnya pendapatan korporat yang besar.
"Sebarang pergerakan pasaran perlu mempunyai kedua-dua faktor. Jika tidak, ia sangat berisiko tinggi kerana ia boleh jatuh," katanya.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, IKKL mengakhiri minggu ini dengan 29.46 mata lebih rendah pada 1,059.5 berbanding 1,090.15 pada penutup minggu lepas.
Indeks Kewangan susut 236.13 mata kepada 8,493.7, Indeks Perladangan turun 141.71 mata kepada 5,328.63 manakala Indeks Perusahaan menokok 4.8 mata kepada 2,354.05.

FMBEmas susut 259.22 mata kepada 7,098.53, FBM2BRD turun 172.71 mata kepada 4,814.15, FBM30 susut 137.89 mata kepada 6,795.83 manakala FBMMDQ turun 233.35 mata kepada
4,139.51.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 7.921 bilion saham bernilai RM8.203 bilion berbanding 10.019 bilion saham bernilai RM8.628 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 6.505 bilion saham bernilai RM7.777 bilion berbanding 8.771 bilion saham bernilai RM8.248 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di Papan Kedua bagaimanapun meningkat kepada 915.214 juta saham bernilai RM319.262 juta berbanding 531.751 juta saham bernilai RM226.689 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 345.965 juta saham bernilai RM65.39 juta berbanding 462.915 juta saham bernilai RM81.866 juta sebelumnya.
Waran susut kepada 99.409 juta saham bernilai RM20.063 juta berbanding 163.278 juta saham bernilai RM28.539 juta minggu lepas. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers