June 25, 2009

Pembelian saham mewah Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 24 Jun - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, dirangsang oleh kegiatan membeli saham murah di kalangan saham mewah, terutamanya kaunter perbankan dan perladangan.
Indeks Komposit mengukuh 13.37 mata kepada 1,057.85.

"Pasaran turut mengambil petunjuk daripada keuntungan di pasaran-pasaran serantau Asia.
Indeks Perindustrian merosot 10.01 mata kepada 2,322.02, sementara Indeks Teknologi naik 0.28 mata kepada 14.21 dan Indeks Perladangan mengukuh 83.23 mata kepada 5,360.87. Indeks Kewangan lebih tinggi 114.41 mata kepada 8,413.41.

Indeks FBMEmas menokok 115.10 mata kepada 7,079.74, Indeks FBM30 naik 93.40 mata kepada 6,776.72, Indeks FBM2BRD mengukuh 121.42 mata kepada 4,760.31 dan Indeks FBMMesdaq meningkat 138.3 mata kepada 4,110.17.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 594 berbalas 120 sementara 141 kaunter tidak berubah, 372 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.352 bilion saham bernilai RM1.336 bilion daripada 1.369 bilion saham bernilai RM1.522 bilion pada Selasa.

Di kalangan peneraju dari segi jumlah dagangan, Samchem Holdings yang mula disenaraikan di bursa semalam, tidak berubah pada 90 sen. Sementara itu, kaunter perladangan United Plantations naik 10 sen kepada RM12.80 sementara Kulim mengembang 10 sen kepada RM6.15 dan Asiatic Development lebih tinggi 10 sen kepada RM5.55.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 1.149 bilion saham bernilai RM1.280 bilion daripada 1.176 bilion saham bernilai RM1.472 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Papan Kedua mengukuh kepada 117.379 juta saham bernilai RM40.554 juta daripada 103.779 juta saham bernilai RM33.673 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq turun kepada 59.075 juta saham bernilai RM10.937 juta daripada 59.103 juta saham bernilai RM10.391 juta pada hari Selasa. Warant pula lebih rendah kepada 21.090 juta unit bernilai RM2.621 juta daripada 23.662 juta unit bernilai RM3.514 juta semalam.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 82.18 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 218.3 juta, pembinaan 101.08 juta, urus niaga/perkhidmatan 408.5 juta, teknologi 14.32 juta, infrastruktur 28.44 juta, kewangan 51.4 juta, perhotelan 7.132 juta, hartanah 196.94 juta, perladangan 38.25 juta, perlombongan 77,400, REIT 2.54 juta dan dana tertutup 28,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers