Syarikat berbincang dengan rakan niaga berpotensi di 4 negara anggota Asean, China HANDAL Resources Bhd, pembuat kren bagi industri minyak dan gas yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia bulan depan, mengintai peluang untuk meneroka pasaran Asean termasuk Thailand, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan China.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohsin Abdul Halim, berkata selain mengembangkan operasi di peringkat serantau, pihaknya juga berhasrat menyediakan perkhidmatan kren kepada syarikat minyak dan gas di Sabah dan Sarawak selepas di Terengganu. "Handal kini adalah syarikat kren minyak dan gas utama di Terengganu, yang mana semua 150 kren luar pesisir adalah di bawah pemantauan kami.
"Justeru, kami berhasrat mengembangkan operasi di dalam dan luar negara khususnya di negara serantau," katanya dalam satu temu bual bersama Berita Harian di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Mallek Rizal Mohsin. Mohsin menjelaskan, pihaknya telah berhubung dan berbincang dengan beberapa rakan niaga berpotensi di Thailand, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan China bagi tujuan itu.
Katanya, di sebalik penurunan harga minyak mentah global, prospek perniagaan perkhidmatan minyak dan gas terus cerah kerana minyak sebagai komoditi utama dunia sentiasa menikmati peningkatan permintaan.
Ketika ini, Handal adalah pemegang lesen tunggal bagi kerja penyenggaraan dan perkhidmatan operasi 150 buah kren pelantar minyak luar pesisir milik Petronas Carigali, ExxonMobil, Talisman, Petrofac, MISC Bhd dan Shell Bhd sehingga 2013.
"Walaupun kami kini berupaya membuat kren sendir,i namun perniagaan utama kami adalah menyenggara dan menyediakan perkhidmatan operasi kren milik syarikat minyak utama yang beroperasi di luar pesisir Terengganu," katanya.
Handal memiliki kepakaran memeriksa struktur kren di pelantar, memindahkan dan membaik pulih kren. "Kepakaran yang ada ini jarang dimiliki syarikat berkaitan minyak dan gas di rantau ini. Itu yang membuat kami lebih berdaya maju dalam bidang ini," katanya.
Sementara itu, Mallek berkata, Handal menerima bayaran sehingga RM1.8 juta bagi kerja penyenggaraan sesebuah kren, manakala harga sebuah kren baru pula mampu mencecah RM4 juta seunit.
Daripada 150 kren luar pesisir yang dipertanggungjawab kepadanya, Handal sudah membaik pulih dan memeriksa secara berjadual sejumlah 57 kren. Syarikat itu juga telah mengeluarkan dan menyewa 14 kren berkaki luar pesisir untuk kegunaan di pelantar minyak yang lazimnya berkedudukan lebih 200 kilometer dari pesisir pantai.
Handal, yang dijadualkan disenaraikan Julai ini, adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan manakala anak syarikat milik penuhnya, Handal Offshore Services Sdn Bhd terbabit di dalam aktiviti teras membabitkan kren API 2C.
Handal Resources adalah sebuah daripada dua syarikat diberikan lesen Institut Petroleum Amerika (API) yang mengeluarkan kren berkaki di luar pesisir. Mengenai prospek kewangan kumpulan, Mallek berkata, ia menjangka Handal mampu mencatat pertumbuhan pendapatan dua angka bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember ini susulan pembabitan dalam bidang minyak dan gas yang kalis kegawatan.
Tahun lalu, syarikat itu mencatat keuntungan bersih RM9.2 juta disokong oleh pendapatan berjumlah RM60 juta. Tawaran Awam Permulaan (IPO) kumpulan yang akan dilaksanakan bulan depan juga adalah yang kedua dibuat di pasaran tempatan tahun ini selepas Samchem Holdings Bhd pada bulan lalu.
Menerusi IPO itu, ia menawarkan sejumlah 24.5 juta saham bernilai 50 sen, yang mana 18.5 juta saham adalah saham terbitan baru manakala enam juta lagi saham sedia ada syarikat itu. Daripada jumlah saham terbitan baru itu, enam juta saham ditawarkan kepada pelabur awam, 8.5 juta saham kepada pelabur dikenal pasti, manakala empat juta saham diperuntukkan untuk pengarah, kakitangan dan rakan perniagaan yang layak. Enam juta saham sedia ada syarikat itu pula akan ditawarkan kepada pelabur yang dikenal pasti.
June 22, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com