KUALA LUMPUR 21 Jun - Asia dijangka mencatatkan pertumbuhan penggunaan jalur lebar mudah alih lebih pesat berbanding rantau lain berikutan terdapatnya minat yang tinggi terhadap teknologi maklumat dan komunikasi.
Naib Eksekutif Presiden dan Ketua Operasi Telenor Asia, Sigve Brekke berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kepada peningkatan besar jumlah langganan baru perkhidmatan jalur lebar mudah alih di rantau ini.
''Kita percaya akses kepada Internet akan berkembang terutama bagi negara-negara yang mempunyai kadar penembusan yang rendah.
''Jumlah pelanggan 3G di rantau Asia dijangka melonjak lebih 550 juta menjelang 2013, jauh lebih pantas berbanding 120 juta orang pada 2007,'' katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Telenor merupakan syarikat telekomunikasi terkemuka dunia yang berpusat di Norway, dan mempunyai operasi di Malaysia menerusi DiGi.com. Bhd.
Bulan lalu, DiGi telah melancarkan perkhidmatan 3G dalam usaha untuk mengukuhkan penguasaannya di Malaysia.
Brekke menjelaskan perkhidmatan itu akan meningkatkan peluang DiGi untuk menjana perolehan lebih tinggi pada masa depan berbanding kepada jualan suara, mesej dan muat turun muzik.
''Internet kini menjadi perniagaan baru bagi kami dan peluangnya cukup baik,'' ujarnya.
Mengulas tentang penembusan 3G di Eropah, Brekke berkata, Telenor melancarkan perkhidmatan berkenaan lima tahun lalu dan kini kadar penembusan hanya 10 peratus.
Beliau menambah, Telenor akan menggunakan kepakaran untuk mengembangkan 3G dan perniagaan jalur lebar mudah alih di negara-negara lain.
Langkah itu penting kerana inovasi kini memainkan peranan penting dalam industri telekomunikasi dan pengguna kini lebih cepat menyerap perubahan yang berlaku dalam industri berkenaan.
''Sebab itu, di mana-mana sekarang, penggunaan jalur lebar mudah alih lebih mudah diperolehi berbanding lima tahun dahulu,'' kata beliau lagi
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com