June 25, 2009

KTB yakin terus catat keuntungan

KONSORTIUM Transnasional Bhd (KTB), pengendali perkhidmatan bas terbesar di negara ini, yakin terus mencatatkan keuntungan tahun ini di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar serta peningkatan kos operasi.

Pengerusi dan Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata kenaikan surcaj tambang bas sebanyak 30 peratus yang diluluskan kerajaan akhir tahun lalu mampu membantu syarikat mencatat keuntungan tahun ini selain pelbagai strategi yang dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan seperti penstrukturan semula serta pengurangan kos operasi.

Beliau menjelaskan, kenaikan surcaj diluluskan kerajaan September tahun lalu itu menjadi antara penyumbang utama keuntungan KTB tahun lalu walaupun ia hanya dinikmati dalam tempoh tiga bulan terakhir.

“Kami menjangkakan kesan penuh daripada kenaikan surcaj itu akan hanya dinikmati sepenuhnya tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan KTB di Kuala Lumpur, semalam.

KTB yang meraih keuntungan bersih RM3.5 juta tahun lalu, kini mempunyai kira-kira 1,500 bas merangkumi perkhidmatan Cityliner (bas bandar), Plusliner (ekspres), Transnasional (ekspres) dan Nice (ekspres eksekutif).

Sebahagian besar pendapatan KTB disumbangkan perkhidmatan bas ekspresnya yang menyumbang kira-kira dua pertiga pendapatan, manakala satu pertiga lagi disumbangkan oleh perkhidmatan bas bandar.

Nadzmi berkata, kos operasi dan penyelenggaraan pengangkutan bas awam yang semakin mendesak mendorong KTB sebagai pengendali perkhidmatan bas terbesar di negara ini meminta kerajaan mencari jalan membantu pengusaha industri itu.

Katanya, masalah kenaikan kos operasi yang tinggi sudah bermula sejak tiga tahun lalu yang mana keadaan itu menyebabkan kos komponen seperti bayaran tol, tayar, bateri, alat ganti, casis bas, kos besi termasuk juga kos pemandu yang terikat dengan kesatuan sekerja juga meningkat.

Masalah itu, katanya diburukkan lagi oleh peningkatan harga diesel. “Justeru, KTB berharap kerajaan mengambil tindakan segera menyemak semula struktur tambang pengangkutan bas awam dan meluluskan kenaikan pada kadar lima hingga tujuh peratus setahun.

“Kami tidak minta kenaikan tinggi kerana ia boleh menjejaskan penumpang, cuma sekadar memadai untuk kami menampung kenaikan kos,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers