June 29, 2009

PKS industri halal perlu kompetitif

KUALA LUMPUR 28 Jun - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri halal akan tewas dengan kemunculan pesaing baru sekiranya tidak kompetitif dalam perniagaan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (Matrade), Datuk Noharuddin Nordin berkata, ia kerana industri halal kini bukan lagi eksklusif bagi Malaysia sebaliknya kini turut diterokai negara serantau.

Antara negara yang bakal menjadi pesaing kepada Malaysia ialah Thailand, Jepun, Australia dan Singapura.

''Potensi besar dalam industri halal kini telah membuka mata banyak pihak dan ia akan memberi persaingan kepada Malaysia,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru, PKS tempatan perlu lebih agresif terutama dalam aspek kecekapan.
Jelas beliau, keutamaan dalam aspek itu penting memandangkan pasaran halal mengalami kekurangan kapasiti berbanding permintaan yang tinggi dari segenap pasaran.

Paling penting, tegas Noharuddin, para peserta industri tersebut perlu lebih cekap dalam mengendalikan tempahan dan memberi maklum balas segera terhadap sebarang pertanyaan berhubung produk masing-masing.

''Masalah PKS tempatan ialah mengambil masa yang agak lambat untuk memberi maklum balas sedangkan ia perlu cepat supaya pihak yang berminat tidak lari kepada tempat lain,'' katanya.
Satu lagi, aspek yang perlu diberi penekanan ialah soal penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan hasil produk yang hendak dipasarkan mempunyai daya tarikan yang tinggi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers