June 25, 2009

MRCB akan lancar jenama hartanah baru

MALAYSIAN Resources Corporation Bhd (MRCB) akan melancarkan jenama hartanahnya dan sekali gus memperkenalkan fasa kedua projek perintisnya di Bandar Iskandar, Perak, Sabtu ini. Pengarah Urusan Kumpulannya, Shahril Ridza Ridzuan, berkata syarikat menyedari kepentingan untuk menggabungkan kajian pasaran yang mendalam untuk membangunkan identiti jenama baru untuk bahagian hartanahnya, yang mencerminkan kejayaan dan rekod pencapaian yang telah terbukti.

Katanya, dengan kejayaan dan pendedahan syarikat dalam pelbagai projek pembangunan termasuk Kuala Lumpur Sentral, adalah penting untuk kumpulan menyusun semula dan menyepadukan semua komponen hartanahnya bagi meningkatkan lagi keyakinan pelanggan.

“Menjadi hasrat MRCB untuk melihat penyusunan semua pembangunan hartanahnya akan mampu meningkatkan nilai jenamanya. Ini sekali gus akan menambah kekuatan bagi jenama MRCB sebagai barisan hadapan bagi pembangunan bersepadu dan pemangkin perubahan masyarakat.

“Kami di MRCB berharap akan memberikan lonjakan kepada produk ditawarkan dan meningkatkan nilai pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam. Sepanjang tempoh pelancaran jenama itu, lebih 200 unit hartanah yang merangkumi unit kediaman, banglo, rumah berkembar dan rumah teres daripada fasa kedua pembangunan Puncak Iskandar akan dipamerkan selama dua hari bermula Sabtu ini.

“Kami yakin mengenai sambutan terhadap pembangunan di Puncak Iskandar berdasarkan permintaan menggalakkan terhadap rumah yang berkualiti,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers