June 30, 2009

KLCI naik kepada 1,075.84 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan kekurangan petunjuk baru dan prestasi lebih rendah di Wall Street pada Jumaat lalu. Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 0.07 mata semasa ditutup kepada 1,075.84, disokong oleh keuntungan oleh kebanyakan saham wajaran tinggi seperti Sime Darby dan Maybank.

Kegiatan pengambilan untung sederhana juga dilihat pada saham berharga murah selepas IK, yang dibuka 2.75 mata lebih tinggi pada 1,078.52, bergerak antara 1,072.41 dan 1,079.47.

Indeks Perladangan turun 25.02 mata kepada 5,370.98, Indeks Kewangan meningkat 25.87 mata kepada 8,549.04 dan Indeks Perusahaan menambah 3.08 mata kepada 2,349.65. Indeks FBMEmas naik 9.45 mata kepada 7,220.91, Indeks FBM30 meningkat 8.51 mata kepada 6,914.42, Indeks FBM2BRD susut 7.62 mata kepada 4,791.18 dan Indeks FBMMesdaq turun 21.98 mata kepada 4,094.99.

Saham rugi mengatasi saham untung pada 318 berbanding 245, manakala 232 kaunter tidak berubah, 456 tidak didagangkan dan 59 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 877.335 juta saham bernilai RM998.192 juta berbanding dengan semasa ditutup pada Jumaat pada 1.203 bilion saham bernilai RM1.247 bilion. Ketua penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata aktiviti dagangan dalam jajaran kecil dengan kebanyakan pengurus dana tidak memasuki pasaran setelah kekurangan petunjuk jelas dari pasaran luar negara.

Kegiatan memperelok akaun juga berkurangan setelah pengurus dana menutup akaun mereka untuk suku ini, katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, pelabur pasaran juga menunggu
pengumuman langkah liberalisasi seterusnya yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada acara Invest Malaysia 2009 hari ini.

“Dengan ketidaktentuan dari pasaran seberang laut, saya menjangka pasaran akan memberi reaksi secara positif kepada pengumu- man berkenaan, yang berkemungkinan memberi rang-sangan jangka pendek kepada pasaran tempatan," katanya.

Pong berkata, kerajaan berkemungkinan mengumumkan langkah yang dapat merangsang sektor hartanah serta pelancongan. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 768.939 juta saham bernilai RM962.887 juta daripada 1.054 bilion saham bernilai RM1.205 bilion pada Jumaat lalu.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan turun kepada 43.143 juta saham bernilai RM16.607 juta daripada semasa ditutup pada Jumaat sebanyak 83.017 juta saham bernilai RM30.659 juta. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 25.203 juta saham bernilai RM4.223 juta daripada minggu lalu pada 42.527 juta saham bernilai RM6.849 juta.

Waran juga berkurangan kepada 15.608 juta unit bernilai RM24.041 juta daripada 20.326 juta unit bernilai RM3.07 juta sebelumnya. Mendahului saham aktif ialah Time Engineering yang naik sembilan sen kepada 32.5 sen, manakala Time DotCom menambah empat sen kepada 44 sen dan KNM Group turun tiga sen kepada 83.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik 15 sen kepada RM7.05, Sime Darby menambah lima sen kepada RM5.85 dan Tenaga susut lima sen kepada RM7.70. Bumiputra-Commerce kekal pada RM9.10 manakala IOI Corporation turun dua sen kepada RM4.68.

Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 28.804 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 131.373 juta, pembinaan 48.974 juta, dagangan/perkhidmatan 293.168 juta, teknologi 4.585 juta, infrastruktur 91.445 juta, kewangan 32.536 juta, hotel 1.605 juta, hartanah 135.461 juta, perladangan 8.578 juta, perlombongan 60,000, REIT 817,500 dan tertutup/dana 73,600. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers