June 24, 2009

Mida yakin tarik 2 pelaburan besar

LEMBAGA Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) kini di peringkat akhir rundingan untuk membawa masuk dua pelabur asing yang dijangka melabur berbilion ringgit dalam industri berkaitan besi keluli dan penghasilan tenaga alternatif di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jalilah Baba, berkata pihaknya yakin kedua-dua pelabur berkenaan masing-masing sebuah syarikat dari Eropah dan Asia Tenggara akan melabur di Malaysia, bergantung kepada insentif yang akan ditawarkan kepada mereka.

Katanya, Mida agak positif dan mempunyai keyakinan tinggi bahawa kedua-dua syarikat terbabit akan melabur di negara ini berdasarkan minat yang ditunjukkan mereka.

“Syarikat terbabit menunjukkan minat yang tinggi. Bagaimanapun, keputusan mereka banyak bergantung kepada apakah bentuk insentif dan kemudahan sokongan yang mampu kita sediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mustapa Mohamed dengan wakil agensi di bawah Miti yang bertugas di luar negara di Kuala Lumpur, semalam.

Jalilah menambah, lokasi pelaburan pilihan kedua-dua syarikat terbabit masing-masing terletak di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak yang mana keputusan mengenainya dijangka diketahui Ogos ini.

“Kemasukan pelaburan bernilai berbilion ringgit dalam dua projek besar yang sudah dirundingkan sejak setahun lalu itu akan ‘menyelamatkan’ kita,” katanya merujuk kepada persekitaran pelaburan langsung asing (FDI) yang lemah ketika ini.

Beliau berkata, antara Januari hingga April tahun ini, Malaysia menerima FDI berjumlah RM3.9 bilion daripada jumlah pelaburan keseluruhan berjumlah RM8.8 bilion. “Ini bermakna dalam tempoh empat bulan tahun ini FDI merangkumi separuh daripada jumlah pelaburan dan separuh lagi daripada sumber domestik,” katanya.

Jalilah berkata, daripada jumlah pelaburan keseluruhan itu, sektor pembuatan menerima pelaburan berjumlah RM8.2 bilion, projek MSC (RM456 juta) dan sektor perkhidmatan (RM131 juta).

“Angka pelaburan setakat April ini tidak menggalakkan. Ini disebabkan kebanyakan daripada syarikat yang sudah berunding dengan Mida tidak dapat melabur di sini kerana mereka gagal mendapatkan pinjaman di negara asal mereka.

“Disebabkan itu, kita kini sedang mengatur rancangan supaya mereka boleh mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan tempatan. Jika usaha itu berjaya, mereka akan datang,” katanya. Tahun lalu, negara menarik FDI bernilai RM46.1 bilion, meningkat 38 peratus daripada RM33.4 bilion pada 2007.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers