June 24, 2009

MIDA dalam peringkat akhir runding projek berbilion ringgit

KUALA LUMPUR 23 Jun - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) kini dalam peringkat akhir perundingan dengan beberapa pihak asing berhubung dua projek bernilai berbilion ringgit, yang mungkin dapat merangsangkan pelaburan asing langsung (FDI) negara dalam bulan-bulan mendatang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jalilah Baba berkata, projek-projek itu ialah dalam industri berkaitan tenaga alternatif dan logam.

Beliau berkata, perundingan itu yang telah berlangsung selama setahun, ialah dengan pihak-pihak dari Eropah dan Asia Tenggara.

Jalilah yang mengetuai pasukan perundingan berkata, satu pihak telah meninjau tapak projek di Semenanjung dan satu lagi di Sabah dan Sarawak.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas mengenai jumlah yang terbabit.
"Kita sedang memuktamadkan tawaran yang ditawarkan kepada mereka dan menyelesaikan perundingan dalam tempoh dua bulan ini.

Biasanya, kita memberikan mereka tiga bulan untuk menjawab semula," kata beliau kepada pemberita selepas persidangan bersama untuk wakil seberang laut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MIDA dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Jalilah berkata, jika berjaya, pelaburan mereka ini boleh disaksikan dalam FDI pada bulan Ogos.
Jumlah pelaburan dalam negara dari Januari hingga April tahun ini berjumlah RM8.8 bilion. Daripada jumlah itu, RM3.9 bilion ialah dari FDI dan selebihnya domestik.
Ia masih jauh dari sasaran tahun ini iaitu RM26 bilion.

Beliau berkata, FDI sehingga April tidak begitu memberangsangkan berikutan kegagalan beberapa syarikat mendapatkan pinjaman dari negara masing-masing.

"Kita kini sedang mencuba memadankan mereka dengan institusi kewangan tempatan. Dua projek besar telahpun mendapat bantuan kewangan," kata beliau.

Jalilah, bagaimanapun berkata, keputusan akhir mereka akan bergantung kepada insentif dan kemudahan sokongan yang boleh Malaysia tawarkan. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers