June 25, 2009

Bursa Malaysia tukar nama penanda aras

MULAI 6 Julai ini, penanda aras utama Bursa Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) akan ditukar namanya kepada FTSE Bursa Malaysia KLCI, dengan penetapannya akan mengguna pakai kaedah indeks global FTSE.

Bursa Malaysia dalam kenyataannya semalam berkata, penanda aras baru itu akan dikira berasaskan kadar apungan bebas diubahsuai dan saringan kecairan sesebuah kaunter. Tujuan pelaksanaan itu, katanya, adalah untuk menyediakan pelabur suatu penanda aras yang memberi gambaran lebih tepat berhubung perjalanan pasaran.

“FTSE Bursa Malaysia KLCI akan dibarisi 30 kaunter syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Pengiraannya dibuat berdasarkan permodalan pasaran boleh labur. “Pengiraan indeks dibuat setiap 15 saat berbanding 60 saat ketika ini,” katanya.

Kepantasan tempoh pengiraan indeks itu akan memberi manfaat kepada pelabur dari segi keupayaan untuk menjejaki pergerakan aktiviti urus niaga pasaran saham dengan lebih dekat,” katanya.

Bursa Malaysia berkata, susulan perubahan itu, nilai pembukaan indeks pada 6 Julai ini kekal tidak berubah dan ditetapkan berasaskan nilai penutup pada Jumaat, 3 Julai. “Jika KLCI ditutup pada 1,000 mata pada 3 Julai ini, indeks akan dibuka semula pada Isnin, 6 Julai ini pada 1,000 mata, tetapi pengiraan selanjutnya akan dibuat berasaskan kaedah baru,” katanya.

Bursa Malaysia, susulan perubahan itu juga, Indeks FTSE Bursa Malaysia 100 akan dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia Top 100, namun ciri-cirinya kekal. Produk kewangan yang menggunakan indeks 30 terbesar FTSE Bursa Malaysia atau KLCI, seperti Indeks Niaga Hadapan Kuala Lumpur (FKLI) dan Indeks Opsyen Kuala Lumpur (OKLI) akan turut menggunapakai FTSE Bursa Malaysia KLCI sebagai indeks asas berkuat kuasa 6 Julai ini.

Sebagai sebahagian daripada Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI akan disemak semula setiap enam bulan iaitu pada setiap Jun dan Disember oleh jawatankuasa indeks bebas bagi mematuhi peraturan dasar siri indeks itu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers