June 26, 2009

Saham mewah rangsang Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 25 Jun - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dirangsang oleh pembelian saham-saham mewah dan berharga rendah terpilih dengan pasaran terus mengambil petunjuk daripada keuntungan yang diraih di bursa serantau, kata para peniaga.

Mereka berkata yang sentimen didorong oleh keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan mengekalkan kadar pinjaman utama pada paras terendah sifar hingga 0.25 peratus semalam.

Indeks Komposit Kuala Lumpur mengukuh 16.26 mata untuk ditutup pada 1,074.11. Indeks Perindustrian lebih tinggi sebanyak 20.24 mata kepada 2,342.26, Indeks Teknologi naik 0.18 mata kepada 14.39, Indeks Perladangan menambah 37.3 mata kepada 5,398.17 dan Indeks Kewangan menokok 114.439 mata kepada 8,527.85.

Indeks FBMEmas melonjak 118.9 mata kepada 7,198.64, Indeks FBM30 meningkat 114.24 mata kepada 6,890.96, Indeks FBM2BRD bertambah 35.41 mata kepada 4,795.72 dan Indeks FBMMesdaq naik 15.44 mata kepada 4,125.61.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 510 berbalas 159 sementara 199 kaunter tidak berubah, 358 tidak diniagakan dan 36 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.493 bilion saham bernilai RM1.522 bilion daripada 1.352 bilion saham bernilai RM1.336 bilion semalam.

Di kalangan saham aktif, KNM Group mengukuh 2.5 sen kepada 88 sen, Sino Hua-An International menambah 6.5 sen kepada 53 sen, Tebrau Teguh lebih tinggi dua sen kepada 79 sen dan MK Land Holdings menokok empat sen kepada 43.5 sen.

Pasaran di Papan Utama meningkat kepada 1.290 bilion saham bernilai RM1.45 bilion daripada 1.149 bilion saham bernilai RM1.280 bilion semalam. Jumlah dagangan di Papan Kedua susut kepada 107.524 juta unit bernilai RM43.429 juta daripada 117.379 juta unit bernilai RM40.554 juta pada hari Rabu.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq juga merosot kepada 55.251 juta saham bernilai RM10.939 juta daripada 59.075 juta saham bernilai RM10.937 juta sebelumnya. Waran-waran pula menambah kepada 31.084 juta unit bernilai RM5.043 juta daripada 21.090 juta unit bernilai RM2.621 juta semalam.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 54.539 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 303.2 juta, pembinaan 128.9 juta, urus niaga/perkhidmatan 372.2 juta, teknologi 9.4 juta, infrastruktur 46.17 juta, kewangan 63.3 juta, perhotelan 7.731 juta, hartanah 264.325 juta, perladangan 39.756 juta, perlombongan 55,000, REITs 907,500 dan dana tertutup 115,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers