June 26, 2009

Persidangan Invest Malaysia 2009 dijangka berjaya

PERSIDANGAN ‘Invest Malaysia 2009’ (IM09) yang bakal diadakan pada 30 Jun dan 1 Julai ini menjanjikan satu persidangan yang amat berjaya dengan penyertaan lebih 600 delegasi daripada 170 institusi tempatan dan seberang laut.

Dalam satu kenyataan bersama semalam, Bursa Malaysia dan CIMB Investment Bank, berkata pendaftaran ditutup awal ekoran sambutan menggalakkan daripada pelabur yang berminat mendapatkan maklumat bernilai pasaran modal dan ekonomi Malaysia, secara terus dari penggubal dasar utamanya.

“Sambutan positif ini adalah gambaran kepada minat kukuh di kalangan pelabur tempatan dan seberang laut terhadap peluang menarik yang ada di pasaran modal Malaysia,” kata kenyataan itu.

Dianjurkan oleh Bursa Malaysia dengan penganjur bersama CIMB Investment Bank dan Dana Pembangunan Pasaran Modal, ciri utama yang akan diketengahkan pada IM09 ialah ucaptama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ucaptama itu yang turut menandakan ucapan pertamanya kepada komuniti pelaburan, akan memberi fokus kepada tema tahun ini, ‘Pemacu Pertumbuhan Malaysia’. Untuk julung kalinya, persidangan itu akan membabitkan sesi oleh Menteri Besar Johor,

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Sabah, yang akan mengetengahkan daya tarikan negeri masing-masing sebagai destinasi pelaburan utama.

Delegasi turut mempunyai peluang menghadiri sesi pleno yang akan membincangkan isu pasaran dan idea yang akan membentuk landskap perniagaan masa depan negara.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers