KUALA LUMPUR 22 Jun - Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FiMM) yakin industri saham amanah tempatan masih belum berdepan dengan tindakan jualan panik meskipun persekitaran ekonomi dunia dan negara tidak menentu.
Presiden FiMM, Tunku Datuk Ya'acob Tunku Abdullah (gambar) berkata, sehingga kini, kadar penebusan saham amanah tempatan masih lagi berada di paras yang biasa.
''Kadar penebusan saham amanah tempatan masih sekitar dua peratus setiap bulan dan kita percaya industri masih mampu berkembang sekitar 20 hingga 25 peratus berbanding 18
peratus tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran nama baru Persekutuan Pengurus Saham Amanah Malaysia (FMUTM) kepada FiMM di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden FiMM, Mark Toh dan Pengarah Eksekutif FiMM, Lee Siew Hoong.
Menurut Tunku Ya'acob, pihaknya menjangka dana ekuiti mampu bergerak pantas pada tahun ini selain dana pelaburan yang berkaitan dengan negara China yang dilancarkan oleh beberapa buah bank baru-baru ini.
Katanya, kebanyakan negara mula melihat China sebagai negara pertama yang akan pulih dari kegawatan ekonomi hasil sokongan pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan negara komunis itu.
"Pakej rangsangan ekonomi China berjumlah RM2.047 trilion (AS$585 bilion) dilihat antara daya penarik untuk pengurus dana amanah memberi peluang pelaburan selain jangkaan pulangan yang agak kompetitif ketika ini," katanya.
Tunku Ya'acob berkata, pasaran ekuiti menjadi penentu hala tuju ekonomi negara dan tanda-tanda pemulihan ekonomi negara boleh dilihat selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.
Beliau menambah, di sebalik kegawatan semasa, jumlah perunding dana amanah masih kekal seramai 66,000 orang dan ia tidak berkurang dan tidak bertambah.
Mengulas lanjut, pertukaran nama FMUTM kepada FiMM yang berkuatkuasa 1 Jun lalu adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelabur, ahli dan juga industri.
Peranan baru FiMM bukan sahaja menjadi pertubuhan kawal selia sendiri (SRO) untuk industri dana amanah tetapi juga memainkan peranan yang lebih luas di dalam aktiviti pengurusan pelaburan.
"Mana-mana syarikat pengurusan aset seperti syarikat dana pelaburan hartanah boleh menyertai kami dan keahlian mereka bukan mandatori," kata Tunku Ya'acob.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com