June 26, 2009

Proton Saga model terbaik

KERETA nasional, Proton Saga keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) dipilih sebagai ‘Model Kereta Terbaik Malaysia’ pada Anugerah Automotif Asia Pasifik Frost & Sullivan 2009, malam tadi.

Turut meraih anugerah ialah Perodua Viva keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang mengekalkan kemenangan untuk tahun kedua berturut-turut bagi kategori ‘Model Bernilai Bagi Wang Terbaik.’

Selain Proton dan Perodua, syarikat tempatan yang turut menerima anugerah ialah Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd, Ingress Corporation Bhd, Public Bank Bhd dan Automotive Synergy Incorporated Sdn Bhd atas kecemerlangan yang dicapai dalam industri automotif negara.

Anugerah tahunan itu bagi mengiktiraf prestasi dan pencapaian oleh syarikat terbabit dalam industri automotif di Asia Pasifik dan ia dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Kongsi yang juga Ketua Automotif dan Amalan Pengangkutan Asia Pasifik di Frost & Sullivan, Kavan Mukhtyar, berkata pemenang anugerah tahun ini dipilih berdasarkan satu kajian mendalam oleh penganalisis firma penyelidik itu.

Katanya, kategori anugerah yang ditawarkan dinilai dengan teliti termasuk mengambil kira suasana pasaran dan aliran baru dalam dunia automotif.

“Syarikat yang disenarai pendek bagi Anugerah Automotif Asia Pasifik Frost & Sullivan 2009 dinilai berdasarkan kepelbagaian petunjuk prestasi pasaran yang sebenar, termasuk pertumbuhan pendapatan; penguasaan pasaran dan pertumbuhan dalam penguasaan pasaran; kepimpinan dan inovasi produk; serta strategi pembangunan perniagaan,” katanya.

Mukhtyar berkata, 2009 adalah tahun yang amat mencabar bagi industri automotif ekoran krisis kewangan global. Katanya, syarikat automotif di seluruh Asia Pasifik terpaksa melakukan inovasi dan mencari strategi baru bagi berdepan cabaran itu serta meningkatkan nilai kedudukan mereka untuk kekal berdaya saing.

Beliau berkata, penerima anugerah kali ini jelas mempamerkan kepimpinan cemerlang dalam segmen pasaran mereka.

“Satu faktor biasa di kalangan semua penerima anugerah ialah mereka mencapai kecemerlangan dengan mengamalkan pendekatan mesra pelanggan dalam suasana persekitaran yang amat tidak menentu ini,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers