June 23, 2009

Ekonomi Malaysia Akan Terus Diliberalisasi, Kata Najib

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia akan mengumumkan liberalisasi lanjut ekonominya dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata menerusi langkah itu kerajaan berharap dapat melihat sumbangan lanjut sektor perkhidmatan terhadap ekonomi, daripada 55 peratus pada masa ini kepada lebih 70 peratus, selari dengan struktur ekonomi maju yang lebih matang.

"Saya ingin menyatakan bahawa kami tidak meliberalisasikan ekonomi kerana mengikuti kepercayaan ortodoks ekonomi baru. Ia bukan juga semata-mata untuk menarik pelaburan dan modal asing."Objektif kami jelas, untuk memastikan rakyat Malaysia, penduduk dan syarikat kami mendapat manfaat daripada saingan yang dinamik yang mencorakkan pasran global dalam mendapatkan idea, bakat dan dana, supaya syarikat Malaysia dan rakyat Malaysia menjadi lebih kuat, menjadi lebih bersifat global dan akhirnya bertahan dalam order dunia baru ini,"

katanya.Perdana Menteri berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Wakil-wakil Keduataan, ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),di sini hari ini.Najib berkata Malaysia mesti memain peranan yang lebih penting di peringkat serantau ketika konflik berterusan melanda beberapa negara jirannya.

"Kami lakukannya dengan memantau masalah secara lebih awal - dan memastikan kebolehan kita dalam memutuskan bila dan bagaimana menangani ancaman," kata Najib.Perdana Menteri berkata masalah di sempadan boleh dikekalkan di sebelah sana sempadan untuk tempoh tertentu, dan atas atas sebab itu, Malaysia mesti mengekalkan hubungan dua hala yang rapat dengan setiap jirannya, yang akan membolehkan isu-isu ditangani menerusi kerjasama berbanding konfrantasi.

"Untuk itu, kita perlu melaksanakan peraturan kerjasama dengan mereka. Lawatan saya ke Singapura bulan lepas adalah untuk tujuan itu," katanya.Beliau berkata Malaysia juga wajar melangkah mejangkaui rantau ini dan Malaysia mempunyai hubungan istimewa dengan China, berdasarkan sumbangan besarnya terhadap masyarakat oleh rakyat kaum Cina Malaysia.

"Namun apabila negara lain seperti India dan Brazil bangkit sebagai kuasa ekonomi, mereka juga mempunyai peranan untuk dimainkan, dan kita perlu mememastikan dapat mengekalkan dan memaksimumkan hubungan kerja yang baik dengan mereka," katanya.Najib berkata Malaysia mesti terus meneroka peluang-peluang pelaburan dan perdagangan dengan rakan tradisinya, Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Asean, dan mesti juga membangunkan usaha sama strategik dalam perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara di Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin dan bahagian lain di Asia.

Najib berkata di sinilah ketua-ketua perwakilan, sebagai wakil kerajaan di luar negara mempunyai peranan penting dalam mengaplikasikan konsep 1Malaysia."Sebagai diplomat, anda perlu sentiasa peka dan sensitif terhadap perubahan dan menyedari peluang dan cabaran yang memberi impak ke atas Malaysia."Kami dalam kerajaan hanya boleh bertindak segera jika anda memberikan kami nasihat segera mengenai cara untuk meningkatkan hubungan dengan negara lain dan mengambil kesempatan terhadap peluang sebaik mereka memperolehnya," katanya.

Najib juga menyuarakan harapan beliau untuk melihat Malaysia sekali lagi muncul sebagai pemimpin dalam Asean dan menyumbang ke arah kepimpinan yang berkesan di rantau ini.Perdana Menteri juga menyambut baik unjuran dasar asing yang positif di bawah Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.Beliau berkata hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat terus penting dan strategik dalam banyak peringkat dan merentas pelbagai isu seperti merombak semula prasarana kewangan global, proses damai Asia Barat dan cabaran alam sekitar.

"Saya menunggu untuk berbincang dengan Presiden Obama bagi mengambil peluang situasi dan persekitaran muhibah hasil hubungan yang terjalin antara kedua-dua pihak ini. Saya yakin dengan bekerja rapat, kami dapat mencapai kejayaan yang lebih baik di rantau ini dan melepasinya," kata Perdana Menteri.-- BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers