KUALA LUMPUR 22 Jun - Majlis-majlis perniagaan dan persatuan industri disaran supaya mengaktifkan semula perbahasan mengenai isu-isu ekonomi yang sedang melanda negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed berkata, sejak akhir-akhir ini, isu ekonomi terkebelakang berbanding isu politik negara yang lebih diutamakan.
"Politik memang penting tetapi isu ekonomi tidak kurang pentingnya juga untuk sesebuah negara.
Oleh itu, saya berharap perbincangan mengenai isu ekonomi dapat dicergaskan semula," katanya.
Beliau berucap pada majlis makan malam sempena persidangan wakil-wakil agensi MITI di sini malam ini.
Mustapa berkata, negara kini perlu memastikan suasana perdagangan dan pelaburan supaya kekal kompetitif dan mampu merebut peluang-peluang yang tersedia.
Beliau turut mengharapkan majlis itu akan mengeratkan lagi perhubungan yang sedia terjalin di kalangan komuniti perniagaan wakil-wakil MITI dari dalam dan luar negara.
Tambahnya, ini juga sebagai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat khususnya duta-duta dari dalam dan luar negara yang telah banyak memberikan sumbangan dalam mempromosikan program perdagangan dan pelaburan yang diusahakan MITI selama ini.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com