June 22, 2009

Malaysia hab sambungan tenaga rentas sempadan

TNB jangka sasaran direalisasi menerusi pelaksanaan rangkaian GTA TENAGA Nasional Bhd (TNB) mensasar untuk menjadikan Malaysia hab utama bagi penyediaan sambungan tenaga rentas sempadan bagi rantau Asean dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi.

Pengurus Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Pengurusan Risiko) Bahagian Penghantaran TNB, Khairil Anuar Baharin, berkata sasaran itu dijangka dapat direalisasikan menerusi pelaksanaan berperingkat rangkaian Grid Tenaga Asean (GTA) yang akan menghubungkan sistem penghantaran tenaga ke seluruh rantau ini.

"Sebagai permulaan, TNB giat menjalankan kajian bagi pelaksanaan projek saling sambungan tenaga atau GTA ini seperti di antara Sumatera (Indonesia) dengan Semenanjung dan Filipina dan Malaysia.

"Jika kajian ini berjaya, ia akan menjurus kepada pelaksanaan rundingan dengan negara terbabit serta dengan beberapa lagi negara jiran Asean lain. "Ia sekali gus membolehkan GTA diperluaskan ke seluruh rantau ini secara efektif dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi," katanya dalam temu bual dengan Berita Harian baru-baru ini mengenai visi serta perancangan utama firma utiliti negara itu.

GTA akan merangkumi projek talian kabel daratan atau kabel dasar laut dan pelaksanaannya dijangka dapat menstabilkan bekalan elektrik di rantau ini dengan menghubungkan pengeluar tenaga elektrik berlebihan dengan negara pasaran yang kekurangan kuasa.

Faedah GTA termasuk pemindahan kuasa yang terkawal dan ditentukan terlebih dulu, pemindahan kuasa kecemasan semasa berlaku gangguan sistem dan penjimatan daripada perbezaan penjanaan bermusim dan corak beban serta perbezaan masa dan beban kemuncak harian antara sistem TNB dan sistem negara penerima.

Di bawah program GTA ketika ini, TNB sudah melaksanakan penghantaran tenaga ke Thailand dan Singapura menerusi projek sambung tara bekalan tenaga untuk jangka panjang. Difahamkan, Asean adalah antara pasaran elektrik yang pesat berkembang di dunia, dan menjelang 2020, rantau ini akan muncul sebagai pasaran terbesar.

Khairil berkata, TNB menjangka permintaan tenaga di Asean akan meningkat dengan ketara berikutan arus kemajuan dan perkembangan ekonomi serantau.
Katanya, Malaysia mempunyai potensi baik dari segi penjanaan tenaga dan ini memberi kelebihan kepada TNB memperluaskan pasaran tenaganya ke negara Asean lain. Selain daripada Sumatera-Semenanjung Malaysia dan Filipina Malaysia, negara Asean lain yang berpotensi boleh saling dihubungkan dalam sistem itu termasuk Vietnam-Kemboja, Laos-Vietnam dan Thailand-Myanmar.

Menurut Khairil, dengan pelaksanaan GTA yang betul, rakyat Asean boleh menikmati keberkesanan kos dan bekalan tenaga elektrik yang boleh dipercayai. "TNB ingin menyumbang secara aktif dalam pembangunan prasarana tenaga elektrik bagi pangkalan tenaga serantau.

"Justeru, kerjasama dalam projek itu akan memperkukuhkan lagi dan membantu merealisasikan matlamat bersama yang boleh menyumbang kepada kemakmuran kepada negara yang terbabit," jelasnya. Ketika ini, ada beberapa sistem seperti GTA lain di dunia, yang mana membabitkan India, Jepun dan negara Lingkaran Pasifik lain.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers