SEKTOR hartanah sudah mula pulih selepas agak lembap sekitar suku keempat tahun lalu kerana pemaju mengambil langkah berhati-hati susulan pertumbuhan ekonomi yang lemah. Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Kementerian Kewangan, Dr Zailan Mohd Isa, berkata pada umumnya permintaan hartanah terus rancak disokong oleh pembiayaan daripada institusi perbankan dan kewangan.
Katanya, jualan hartanah meningkat empat peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding penurunan 17.8 peratus dalam suku keempat tahun lalu.
“Nilai urus niaga hartanah mencatatkan penurunan 11.1 peratus berbanding penurunan 16.7 peratus pada suku keempat. Namun ia tidak membimbangkan kerana hartanah yang mendapat permintaan adalah hartanah bernilai rendah,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Persidangan Hartanah Nasional ke-20 yang akan berlangsung pada 11-12 Ogos ini anjuran bersama beberapa institusi termasuk Napic, Persatuan Penilaian dan Perunding Harta Swasta Malaysia (Peps) dan Institut Juru Ukur Malaysia. Zailan berkata, jumlah transaksi hartanah dalam suku pertama tahun ini ialah sebanyak RM16.925 bilion, diterajui unit kediaman yang merangkumi 63.8 peratus, diikuti hartanah pertanian (20.2 peratus) dan komersial (9.1 peratus).
Beliau berpendapat, langkah berhati-hati pemaju melewatkan pelancaran projek baru bagi memastikan setiap keputusan adalah berdasarkan kajian serta maklum balas daripada data yang lengkap, bukan sesuatu yang membimbangkan, sebaliknya adalah langkah yang tepat.
Katanya, langkah itu dapat mengimbangi bekalan dengan permintaan, sekali gus membantu menguruskan bilangan unit hartanah tidak dijual. Ia juga, katanya, mencerminkan bahawa pemaju hartanah tempatan mengambil iktibar daripada krisis kewangan global 1997/98 yang mana ketika itu dorongan menawarkan unit hartanah baru menyebabkan ramai pengusaha terjebak dalam krisis.
Presiden Peps yang juga Pengarah VPC Alliance, James Wong, pula berkata walaupun berlaku lebihan penawaran ruang komersial dan pejabat di negara ini dengan sejumlah 4.4 juta unit, segmen berkenaan dijangka tidak akan menerima tekanan penurunan kadar sewa.
Katanya, ini sejajar usaha kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi negara menerusi pelaksanaan pakej rangsangan. Beliau bagaimanapun berpendapat sektor hartanah hanya akan pulih sepenuhnya menjelang pertengahan 2011.
June 24, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com