KERAJAAN sedang mengkaji dasar semasa sektor automotif termasuk kemungkinan melonggarkan perlindungan yang diberikan kepada pengeluar kenderaan tempatan di bawah Dasar Automotif Negara (NAP) secara berperingkat dalam usaha meningkatkan persaingan serta menjana pertumbuhan sektor itu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata masyarakat perlu menyedari perlindungan diberikan kepada syarikat pengeluar kenderaan tempatan adalah sementara dan ada kos di sebalik pelaksanaannya. “Perlindungan ini ada kosnya khususnya dari segi (menyekat pengaliran) pendapatan negara serta pengguna. Misalnya, jika harga sesebuah kereta itu RM40,000, tapi dengan ada perlindungan pengguna terpaksa membayar lebih tinggi.
“Dengan perlindungan sudah pasti kos apa juga barangan adalah tinggi,” katanya dalam satu temu bual bersama Berita Harian di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mustapa menegaskan, perlindungan industri adalah mustahak, tapi ia harus dibuka secara berperingkat apabila tiba masanya. “Semua negara khususnya negara sedang membangun perlu perlindungan. Bagaimanapun, harus ada perancangan mengenai hala tujunya pada masa akan datang.
“Pada masa depan, yang pasti adalah kita tidak ada pilihan kecuali meningkatkan kecekapan. Dalam jangka panjang, perlindungan paling berkesan adalah ‘kecekapan’ khususnya dari segi produktiviti,” katanya. Pada masa sama, antara perkara rumit lain perlu ditangani Mustapa sejak menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) pada 10 April lalu adalah isu dasar Permit Import (AP) kenderaan dalam NAP yang baru. Mengulas mengenainya, Mustapa berkata, Miti kini giat melaksanakan proses audit kedua dan ia sudah hampir dimuktamadkan. Katanya, Miti menjalankan audit pertama pada tahun lalu ketika kementerian ini diterajui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Gambaran awal adalah ia akan disiapkan menjelang akhir September ini. Bagaimanapun, ia (AP kenderaan) adalah isu yang amat rumit dan banyak pertimbangan harus diberikan dan kita belum lagi buat keputusan muktamad. Apa pun kita akan buat (pengumuman) sekali dengan NAP,” katanya. Walaupun pemberian AP sudah dibekukan sejak 1988, Mustapa berkata, kementerian menerima banyak permohonan baru sejak kerajaan mengumumkan untuk menyemak semula perkara itu. “Pemberian AP sudah pun dibekukan, tetapi ramai beranggapan kerajaan akan mengkaji dan membuka semula pemberian AP. Miti sudah menerima lebih 150 permohonan baru dalam tempoh beberapa bulan lalu,” katanya. Mengenai kebimbangan terhakis kepentingan golongan Bumiputera susulan langkah liberalisasi beberapa sektor utama yang sedang dilaksanakan, Mustapa berkata, langkah itu mampu menjana pertumbuhan ekonomi, justeru membolehkan taraf hidup golongan itu dipertingkatkan. Jelasnya, pengagihan pendapatan hanya boleh dilakukan jika ada pertumbuhan ekonomi. “Harapan kerajaan adalah dengan liberalisasi itu ekonomi itu akan berkembang dan berlaku pertumbuhan. Jika ekonomi menguncup bagaimana nak bantu Bumiputera. “Itu sebabnya kita rasa liberalisasi ini penting. Bagaimanapun, ia hendaklah dilakukan berdasarkan kemampuan, bukan kita buka pasaran seluas-luasnya,” tegas beliau. Beliau berkata, kelonggaran itu juga adalah selaras perjanjian di peringkat serantau untuk mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean menjelang 2015. Katanya, ini bagi merangsang pertumbuhan membabitkan pengurangan atau pemansuhan duti import aliran perdagangan, perkhidmatan, dana pelaburan bebas serta memudahkan lagi aliran modal dan tenaga kerja mahir.
June 29, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com