June 29, 2009

Keyakinan pembeli kukuhkan KLCI

SAHAM di Bursa Malaysia menyaksikan pembetulan pengambilan untung ketara minggu lalu selepas bank meramalkan kegawatan akan lebih teruk lagi tahun ini. Bagaimanapun, pembeli kembali memasuki pasaran untuk mencetuskan pantulan kukuh pada penghujung minggu selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menjamin pelabur bahawa pengecutan ekonomi kini beransur pulih.

Berikutan itu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pulih 16.27 mata atau 1.5 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,075.77, dengan keuntungan diraih Genting (+3.03 mata), IOI Corp (+2.02), Axiata (+1.69) dan Tenaga (+1.58) menyumbang separuh kepada kenaikan indeks minggu lalu.

Purata dagangan harian susut kepada 1.33 bilion saham bernilai RM1.39 bilion berbanding 1.64 bilion saham bernilai RM1 bilion minggu sebelumnya. Aktiviti pembelian oleh dana tempatan rancak menjelang Invest Malaysia 2009, selain cubaan mencantikkan akaun sebelum menutupi separuh pertama membantu melonjakkan KLCI berbanding kerugian dua hari untuk meraih 16.27 mata minggu lalu.

Insentif atau pengumuman positif yang akan dibuat semasa Invest Malaysia dijangka memberikan momentum positif sehinggalah sampai waktu pelaksanaan FTSE Bursa Malaysia KLCI, Isnin depan.

Dijangkakan aktiviti pengambilan untung memperbetulkan persekitaran terlebih belian sebelum pengukuhan lanjutan sehingga kita mendengar lebih banyak berita positif daripada pendapatan korporat Ogos depan.

Sehubungan itu, pelabur dinasihati supaya menjual untuk dua minggu akan datang bagi membeli semula saham selepas harga jatuh, memberikan potensi menolak KLCI ke paras 980 mata seterusnya kepada 1,000 mata.

Minggu lalu, Indeks FBM-EMAS pulih 112.93 mata, atau 1.6 peratus untuk ditutup pada 7,211.46, sementara FBM-Small Cap Index (SCI) memantul sebanyak 150.92 mata, atau 1.7 peratus kepada 9,174.82.

Pembetulan ketara saham murah, terutama dalam sektor berkaitan pembinaan dan hartanah berkaitan projek di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), menyaksikan kemasukan untuk mencari keuntungan.

Sebagai kesimpulan selain momentum stochastics harian dan mingguan bagi KLCI yang mengisyaratkan terlebih belian Jumaat lalu, kebanyakan penunjuk lain kembali bulis. Bagaimanapun, mengambil kira momentum belian lemah minggu lalu, pelabur harus kekal berhati-hati berikutan pendapatan kukuh minggu ini berkemungkinan mengundang lebih banyak aktiviti pengambilan untung, selain minat menjual yang akan mengehadkan potensi kenaikan.

Selain itu, paras rintangan utama SMA 200-minggu ketika ini pada 1,095, akan menyaksikan minat jualan kukuh yang memerlukan momentum belian kukuh untuk menyainginya. Sehubungan itu, kekalkan pandangan untuk menjual pada rali saham murah, terutama pembinaan, hartanah, keluli dan sektor berkaitan kerana sektor berkenaan telah menikmati pendapatan kukuh sebelum ini.

Kami mengekalkan tinjauan bulis pada sektor berkaitan minyak dan gas seperti SapuraCrest, Perisai Petroleum, dan Scomi Group disebabkan harga kukuh minyak mentah. Bagi minggu ini, rali lanjutan ke arah rintangan 1,095 bakal membuka peluang baik untuk menjual pegangan dan meraih manfaat daripada pendapatan korporat untuk separuh pertama, berikutan pembetulan keuntungan adalah penting sejurus proses mencantikkan akaun selesai.

Pelabur dinasihati memantau paras sokongan segera pada 1,062, yang mewakili 50 peratus Fibonacci Retracement (FR) daripada 1,095 hingga 1,082 minggu lalu, dengan SMA 30-hari pada 1,059 dan garisan Bollinger pada 1,042 bertindak sebagai sokongan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers