KUALA LUMPUR 23 Jun - Industri bioteknologi Malaysia diunjur menjana pendapatan bernilai RM45 bilion menjelang 2013, demikian menurut firma penyelidikan global Frost & Sullivan.
Menurut Frost & Sullivan, industri bioteknologi Malaysia akan berkembang pada kadar purata 15 peratus setahun berdasarkan permintaan terkini dalam tiga sektor utama iaitu penjagaan kesihatan, pertanian dan perindustrian.
'' Pertumbuhan paling tinggi dijangka dicatatkan oleh sektor penjagaan kesihatan dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 20 peratus.
'' Ini diikuti pula industri pertanian dengan kadar pertumbuhan 15 peratus dan perindustrian sebanyak 10 peratus,'' kata Perunding Kanan Frost & Sullivan Asia Pasifik, Dr. Pawel Suwinski semasa membentangkan Laporan Pembangunan Sumber Insan 2009 di sini hari ini.
Laporan tersebut merupakan usahasama antara BiotechCorp dan Frost & Sullivan bertujuan menilai serta meningkatkan daya saing negara dalam pembangunan modal insan di bidang bioteknologi.
Sementara itu, Iskandar Mizal berkata, pihaknya cuba memberi penekanan terhadap kepentingan sektor bioteknologi dalam pembangunan negara selaras dengan wawasan mencapai status negara maju.
''Tanpa mengambil kira senario ekonomi semasa yang mencabar, kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam industri bioteknologi perlu ditingkatkan pertumbuhannya.
'' Langkah dan usaha untuk memampankan pertumbuhan industri memerlukan tenaga kerja terlatih yang mencukupi,'' katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran tersebut.
Tambahnya, berdasarkan laporan itu, pihak BiotechCorp boleh memainkan peranannya serta bertindak merapatkan jurang pembangunan modal insan dengan menawarkan 20,000 peluang pekerjaan menjelang 2014.
'' Adalah penting untuk kerajaan dan sektor swasta bekerjasama menghasilkan satu pelan tindakan strategik dalam usaha membangunkan sektor bioteknologi negara,'' katanya.
June 24, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com