KUALA LUMPUR 22 Jun - Industri insurans hayat masih berkembang meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan, kata Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Adnan Zain.
"Perniagaan tradisi insurans hayat memperlihatkan perkembangan yang baik.
"Orang masih membeli insurans, dan ini menunjukkan mereka tahu, sedar dan mengiktiraf kepentingannya dari sudut perlindungan dan penabungan," katanya kepada pemberita pada Persidangan Isu-Isu Strategik LOMA/LIMRA ke-17 di sini hari ini.
Persidangan bertema "Ekonomi Baru Global: Daya Tahan dalam Masa Mencabar" itu, dianjurkan bersama oleh LOMA/LIMRA dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia.
Ia bertujuan menyediakan platform bagi pemimpin industri perkhidmatan kewangan yang beroperasi di Asia untuk membincangkan perkembangan terbaru dalam industri.
Menurut Adnan, insurans perubatan, satu lagi segmen pertumbuhan, berkembang dengan baik disebabkan oleh jumlah penduduk yang semakin meningkat serta kefahaman tentang perlunya mempunyai perlindungan diri.
"Kos perubatan juga semakin tinggi. Inilah yang mendorong orang menjadi lebih sedar tentang kebaikan insurans bagi menempatkan mereka pada kedudukan yang baik untuk memastikan mereka akan dapat membiayai diri mereka dan keluarga melalui perlindungan insurans," katanya.
Beliau berkata, bagi segmen insurans hayat dan perubatan, orang masih menganggap simpanan sebagai satu cara penting untuk memastikan mereka berupaya menampung keperluan (kewangan) mereka bagi masa depan, dan produk seperti endowmen amat sesuai.
Adnan berkata, produk konvensyen tradisi adalah lebih baik dalam senario semasa, dan segmen berkaitan pelaburan semakin perlahan.
Bagaimanapun, katanya, segmen berkaitan pelaburan akan menyaksikan perkembangan positif dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak berkuasa bagi memastikan ekonomi stabil.
Industri insurans hayat, kata Adnan, bakal menyaksikan pertumbuhan pada masa akan datang kerana kadar penembusan masih rendah pada 40 peratus.
"Ia berkemungkinan mencatatkan pertumbuhan satu angka tahun ini sejajar dengan persekitaran yang mencabar," katanya.
Adnan berkata, kegiatan seperti penyatuan, penggabungan dan pengambilalihan mungkin berlaku memandangkan pihak pengawal atur telah melaksanakan rangka kerja modal berasaskan risiko (RBC).
Rangka kerja RBC bertujuan memupuk budaya pengurusan risiko yang mantap serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap industri insurans.
Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif LOMA/LIMRA, Robert A. Kerzner berkata,
Asia merupakan pasaran peluang baru memandangkan jumlah penduduknya yang besar serta pasaran yang masih belum matang.
"Produk kami ada permintaan kerana pasaran pertengahan mempunyai lebih banyak aset, dan ekonomi negara-negara ini berkembang pada kadar yang lebih pantas, jadi memang ada permintaan bagi semua produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans hayat," tegasnya.
Kerzner berkata, peserta global dari Eropah, Kanada dan AS akan memberikan lebih tumpuan kepada beberapa negara Asia untuk bertapak dengan lebih kukuh lagi.
Tentang industri insurans di Asia, Kerzner berkata, gambarannya meyakinkan.
LOMA adalah sebuah persatuan antarabangsa yang menerusinya, lebih 1,200 syarikat perkhidmatan insurans dan perkhidmatan dari lebih 80 negara terlibat dalam kegiatan penyelidikan dan pendidikan bagi menambah baik operasi syarikat.
LIMRA merupakan persatuan yang menyediakan perkhidmatan penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada syarikat insurans dan kewangan di seluruh dunia.
-Bernama
June 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com