June 30, 2009

Bursa bercampur-campur di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 29 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan kekurangan petunjuk baru dan prestasi lebih rendah di Wall Street pada Jumaat lepas.
Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) naik 0.07 mata semasa ditutup kepada 1,075.84, disokong oleh keuntungan oleh kebanyakan saham wajaran tinggi seperti Sime Darby dan Maybank.

Kegiatan pengambilan untung sederhana juga dilihat pada saham berharga murah setelah IK, yang dibuka 2.75 mata lebih tinggi pada 1,078.52, bergerak antara 1,072.41 dan 1,079.47.
Indeks Perladangan turun 25.02 mata kepada 5,370.98, Indeks Kewangan meningkat 25.87 mata kepada 8,549.04 dan Indeks Perusahaan menambah 3.08 mata kepada 2,349.65.
Indeks FBMEmas naik 9.45 mata kepada 7,220.91, Indeks FBM30 meningkat 8.51 mata kepada 6,914.42, Indeks FBM2BRD susut 7.62 mata kepada 4,791.18 dan Indeks FBMMesdaq turun 21.98 mata kepada 4,094.99.

Saham rugi mengatasi saham untung pada 318 berbanding 245, manakala 232 kaunter tidak berubah, 456 tidak didagangkan dan 59 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 877.335 juta saham bernilai RM998.192 juta berbanding dengan semasa ditutup pada Jumaat pada 1.203 bilion saham bernilai RM1.247 bilion.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 768.939 juta saham bernilai RM962.887 juta daripada 1.054 bilion saham bernilai RM1.205 bilion pada Jumaat lepas.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan turun kepada 43.143 juta saham bernilai RM16.607 juta daripada semasa ditutup pada Jumaat sebanyak 83.017 juta saham bernilai RM30.659 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 25.203 juta saham bernilai RM4.223 juta daripada minggu lepas pada 42.527 juta saham bernilai RM6.849 juta. Waran juga berkurangan kepada 15.608 juta unit bernilai RM24.041 juta daripada 20.326 juta unit bernilai RM3.07 juta sebelumnya.

Mendahului saham aktif ialah Time Engineering yang naik sembilan sen kepada 32.5 sen, manakala Time DotCom menambah empat sen kepada 44 sen dan KNM Group turun tiga sen kepada 83.5 sen.

Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 28.804 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 131.373 juta, pembinaan 48.974 juta, dagangan/perkhidmatan 293.168 juta, teknologi 4.585 juta, infrastruktur 91.445 juta, kewangan 32.536 juta, hotel 1.605 juta, hartanah 135.461 juta, perladangan 8.578 juta, perlombongan 60,000, REIT 817,500 dan dana tertutup 73,600.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers