June 26, 2009

Penyenaraian bahagian minyak, gas UMW dikaji

CADANGAN penyenaraian bahagian minyak dan gas UMW Holdings Bhd akan mengumpulkan bersama lebih 30 syarikat, lebih sekali ganda daripada rancangan awalnya, kata Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Halim Harun.

Bagaimanapun, beliau berkata, penyenaraian akan dibuat selepas prestasi pasaran saham bertambah baik. “Kami tidak mahu tergesa-gesa. Namun, kami perlu mengkaji semua aspek,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di Shah Alam, semalam.

Abdul Halim berkata, syarikat tidak dapat menetapkan tempoh masa bagi penyenaraian itu. “Mac (2009) sepatutnya menjadi tarikh akhir bagi tempoh lanjutan dan kami sudah menulis kepada mereka (Suruhanjaya Sekuriti). Mereka memberikan lanjutan enam bulan lagi kepada kami, sehingga September 2009,” katanya.

Beliau berkata, prestasi syarikat tahun ini tidak dijangka mengatasi prestasi tahun lalu. “Pendapatan bahagian automotif dijangka kurang berbanding tahun lalu. Sebahagian daripada kekurangan boleh diimbangi oleh unit minyak dan gas,” katanya.

Abdul Halim berkata, banyak pelaburan unit akan mula beroperasi tahun ini. “Usaha sama dengan anak syarikat China National Pet-roleum Corp Group, Zhong-you BSS (Qinhuangdao) Petropipe Co Ltd, sudah memulakan pengeluaran minyak dan paip penghantaran gas bagi sebahagian daripada Projek Saluran Paip Gas Kedua China Timur-Barat sepanjang 9,100 kilometer dari Khazakhstan ke Shanghai.

“Pelantar minyak NAGA 2 yang moden dan canggih akan memulakan operasi penggerudian pada separuh kedua tahun ini manakala UMW Sher (L) Ltd meningkatkan asetnya di India daripada dua kepada tiga pelantar minyak daratan,” katanya.

UMW Holdings mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.3 bilion bagi tahun kewangan 31 Disember 2008, meningkat 49 peratus daripada RM856.3 juta pada 2007, manakala pendapatan meningkat kepada RM12.8 bilion daripada RM10 bilion.

Abdul Halim berkata, syarikat melaksanakan beberapa langkah proaktif bagi mengurangkan kesan keadaan ekonomi sekarang termasuk pengurangan kos, keutamaan pelaburan dan mengkaji dengan teliti keperluan aliran tunai.

Katanya, bahagian pembuatan dan kejuruteraan menjalin usaha sama dengan Dah Chong Hong (Motor Service Centre) Ltd of Hong Kong untuk menubuhkan kilang di Guangdong Province bagi mengadun dan mengedarkan pelincir untuk pasaran China. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers