KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) bersama Boustead Holdings akan membangunkan taman tema berteraskan pendidikan pertama di negara ini, iaitu KidZania Kuala Lumpur di Mutiara Damansara, Petaling Jaya membabitkan pelaburan RM130 juta.
Perjanjian pelesenan bagi pembangunannya dimeterai di Kuala Lumpur semalam antara Rakan Riang Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd (TAR), anak syarikat milik penuh Khazanah dan anak syarikat Boustead Holdings Bhd, Boustead Curve Sdn Bhd dengan KidZania SA de CV, iaitu pemegang francais jenama taman tema berkenaan.
Bercakap pada sidang media selepas majlis itu, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata KidZania Kuala Lumpur akan ditempatkan di tingkat enam dan tujuh bangunan tujuh tingkat bernilai RM80 juta yang akan dibina Boustead Holdings mulai Ogos ini.
“KidZania Kuala Lumpur adalah antara projek unik dan akan menjadi taman tema hiburan berteraskan pendidikan yang membolehkan kanak-kanak menikmati pengalaman dunia pekerjaan seperti orang dewasa.
“Ia adalah pelaburan dalam taman tema kedua Khazanah selepas Legoland di Iskandar Malaysia, justeru, menggambarkan komitmen berterusan kami dalam menggerakkan industri yang memilik kesan penggandaan yang tinggi,” katanya.
Pada majlis semalam, Rakan Riang diwakili Pengarahnya, Tunku Ali Radhauddin Tuanku Muhriz, manakala KidZania oleh Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Xavier Lopez Ancona.
Ia disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Pengerusi Boustead Holdings, Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat. Azman berkata, KidZania dijangka mampu menjana pulangan pelaburan lebih cepat berbanding taman taman lain berdasarkan sambutan terhadap KidZania di beberapa lokasi lain.
“Lazimnya pelaburan dalam industri taman tema adalah antara tujuh hingga sembilan tahun, tetapi bagi KidZania, ia dijangkakan antara empat hingga lima tahun berdasarkan operasinya di beberapa negara lain.
“KidZania Kuala Lumpur dijangka mampu menarik sehingga 500,000 pengunjung setahun apabila siap menjelang 2012,” katanya sambil menambah taman tema itu juga dijangka mewujudkan 200 peluang pekerjaan dalam tempoh pembinaannya dan sejumlah 400 peluang pekerjaan apabila beroperasi.
Sementara itu, Ancona menjelaskan, KidZania bertujuan mengajar kanak-kanak tentang dunia orang dewasa, berkomunikasi, menghargai pendapatan diperoleh dan bekerja. Justeru, katanya bagi menyediakan pengalaman sedemikian, taman tema itu menyediakan replika bandar, jalan raya, kedai, kenderaan dan lain-lain.
“Di bandar replika itu kanak-kanak boleh bekerja sebagai doktor, pasukan penyelamat, polis, wartawan atau terbabit dalam 100 aktiviti permainan lain. “Dengan ‘pendapatan’ yang diperoleh daripada ‘pekerjaan’ itu pula, mereka boleh berbelanja di ‘bandar’ termasuk melaksanakan urusan ‘perbankan dan kewangan’,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya setakat ini belum membuat keputusan mengenai bayaran yang bakal dikenakan bagi KidZania Kuala Lumpur. Bagaimanapun, jelasnya, bayaran yang lazim dikenakan di taman tema KidZania lain adalah AS$12-AS$13 (RM42-RM45) bagi kanak-kanak dan AS$9 (RM32) untuk dewasa bagi sesi selama lima jam.
Taman tema KidZania yang kini ada di Mexico, Jepun, Portugal dan Indonesia itu pernah menerima anugerah Taman Tema Terbaik Dunia daripada The Themed Entertaintment Association pada 2001.
Ia juga pernah dianugerahkan sebagai Pusat Hiburan Keluarga Terbaik Dunia oleh International Association of Amusement Parks & Attractions (IAAPA) pada 2003 dan 2006. Selain Malaysia, syarikat taman tema yang berpangkalan di Mexico itu juga merancang untuk mengembangkan operasinya ke Korea Selatan, Dubai, Chile, Thailand, India, China dan Turki.
June 24, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com