KUALA LUMPUR 21 Jun - Di sebalik krisis ekonomi dunia dan domestik, golongan mewah di Malaysia masih beruntung kerana mampu meningkatkan pelaburan mereka lebih satu pertiga atau 36 peratus.
Keberuntungan itu dinyatakan oleh Tinjauan Mengesan Kekayaan Asia yang dijalankan oleh HSBC Bank.
Tinjauan mendapati kekayaan itu diraih oleh 61 peratus golongan kaya Malaysia melalui pelaburan dalam pasaran saham domestik, dana unit amanah dan bon.
Menurut responden yang ditemui, 32 peratus menyatakan mereka membaca lebih banyak strategi mengenai pelaburan untuk menjadi kaya.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada berlaku pada perubahan dalam minat pelaburan sejak enam bulan lalu, majoriti responden atau 63 peratus menyatakan mereka adalah pengambil risiko sederhana.
''Krisis ekonomi global semasa telah menyebabkan nilai kekayaan merosot bagi kebanyakan golongan kaya di Asia tetapi yang menariknya ia tidak menjejaskan golongan kaya negara ini sebaliknya mereka masih membuat pelaburan yang banyak,'' kata tinjauan itu lagi.
Tinjauan itu dilakukan untuk melihat sama ada ketidaktentuan dalam segmen mewah di Asia, termasuk Malaysia masih berlaku.
Ini termasuk meninjau aktiviti pelaburan, mengurus dan membelanjakan kekayaan meskipun ekonomi masih tidak menentu, kata Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi HSBC Bank Malaysia Bhd., Lim Eng Seong dalam kenyataannya di sini.
Selain meningkatkan pelaburan, pilihan lain bagi golongan mewah Malaysia adalah mempelbagaikan portfolio aset terutama dalam simpanan (73 peratus), unit amanah (71 peratus) dan pasaran saham domestik (55 peratus).
Dalam aspek minat menabung, tinjauan itu menyatakan kebanyakan golongan mewah Malaysia melakukan perubahan dalam aspek itu dengan menjadi lebih berhati-hati dalam perbelanjaan.
Malah, 88 peratus responden bertindak menangguhkan pembelian dan 83 peratus lagi mengurangkan aktiviti makan di luar.
Dalam semua negara yang ditinjau, kebanyakan responden menjadikan alasan untuk menyediakan kehidupan yang selesa sebagai motivasi untuk meningkatkan kekayaan mereka, kecuali di Australia yang menjadikan persaraan sebagai matlamat utama.
Sebanyak 75 peratus golongan kaya di negara ini merancang menghantar anak-anak mereka belajar ke luar negara dengan memperuntukkan secara purata AS$100,000 (RM350,000) untuk tujuan itu.
Tinjauan Mengesan Kekayaan Asia itu juga mengenal pasti sebanyak satu pertiga rakyat responden Malaysia berpendapat mereka memerlukan antara AS$200,000 (RM700,000) hingga AS$300,000 (RM1.05 juta) untuk bersara dengan selesa.
June 22, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com