June 2, 2009

MDeC agih dana OSS RM10 juta tahun ini

MULTIMEDIA Development Corporation (MDeC) mensasar mengagihkan sepenuhnya dana RM10 juta yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu syarikat tempatan mengkormesialkan produk dan perkhidmatan perisian sumber terbuka (OSS) di pasaran antarabangsa, sebelum akhir tahun ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata selain membantu mempercepatkan proses syarikat OSS menembusi pasaran luar, pengagihan dana itu penting bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melihat semua syarikat yang terpilih itu meraih pendapatan terkumpul sekurang-kurangnya RM800 juta setahun dapat dicapai menjelang 2010.

“Mengikut statistik MSC Malaysia, 420 syarikat tempatan yang terbabit dalam kegiatan OSS, sama ada perkhidmatan atau pembangunan perisian khusus, ketika ini meraih pendapatan terkumpul bernilai hampir RM400 juta setahun.

“Justeru, dalam mencapai matlamat kerajaan untuk melihat syarikat OSS tempatan meraih pendapatan terkumpul RM800 juta menjelang 2010, MDeC, akan membantu syarikat ini dengan mempercepatkan pengagihan dana bagi aktiviti berkenaan sebelum akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di OSS, MSC Malaysia 2009, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Penolong Setiausaha Bahagian Polisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Dr Raslan Ahmad.

Badlisham berkata, dana RM10 juta itu adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesembilan yang diperuntukkan khas dalam sektor ICT untuk membantu syarikat tempatan terbabit dalam OSS aktiviti.

Sementara itu, Ketua Pengarah Mampu, Datuk Normah Md Yusof, berkata setakat ini unit berkenaan telah melancarkan 1,124 projek berkaitan OSS dan lebih 60 peratus agensi kerajaan telah menggunanya. Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kewangan menggunakan OSS dan mengembangkannya daripada tahap asas kepada secara besar-besaran.

Sementara itu, OSS, MSC Malaysia 2009 yang berlangsung daripada 1 hingga 3 Jun ini dianjurkan oleh MDeC dengan kerjasama Mampu dan disokong oleh Komuniti Sumber Terbuka Malaysia.

Bertemakan ‘Terbuka Untuk Perubahan’, persidangan itu dianjurkan bagi mengetengahkan penggunaan perisian OSS dalam sektor industri tempatan, sama ada kerajaan atau swasta.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers