June 2, 2009

Saham perbankan jadi tumpuan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam disokong sentimen positif rantau ini dengan saham perbankan dan perladangan menerajui saham untung. Ketika ditutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 17.69 mata pada 1,061.80 selepas dibuka 3.51 mata lebih tinggi pada 1,047.62 pada sebelah pagi.

Peniaga berkata, minat kukuh dilihat dalam semua saham, terutama dalam saham perbankan dengan jangkaan pasaran modal akan pulih dengan peningkatan aktiviti dalam dagangan bon dan tawaran awam awal.

Data eksport yang baik dikeluarkan penyelidik kargo, Intertek Testing Services (ITS) dan Societe Generale de Surveillance (SGS), terus merangsang minat belian di pasaran saham. ITS berkata eksport produk minyak sawit Malaysia bagi Mei naik 1.7 peratus kepada 1,211,716 tan manakala SGS melaporkan 5.1 peratus peningkatan dalam eksport pada 1,227,894 tan.

"Harapan bahawa ekonomi dunia dalam proses pemulihan selepas pesanan kilang China meningkat pada Mei 2009 juga terus menggalakkan belian di bursa tempatan," kata peniaga.
Indeks Perladangan menambah 66.50 mata kepada 5,362.27, Indeks Perusahaan naik 27.0 mata kepada 2,349.10 manakala Indeks Kewangan menokok 178.49 mata kepada 8,182.98.

Indeks FBMEmas menambah 110.71 mata kepada 7,094.92, Indeks FBM30 melonjak 89.41 mata kepada 6,766.68 dan Indeks FBMMesdaq naik 7.95 mata kepada 4,047.64. Bagaimanapun Indeks FBM2BRD susut 3.32 mata kepada 4,571.45.

Dalam dagangan aktif, saham untung mengatasi rugi pada 424 berbanding 235, manakala 205 kaunter tidak berubah, 374 tidak didagangkan dan 35 yang lain digantung. Jumlah dagangan susut kepada 1.606 bilion saham bernilai RM1.682 bilion saham Jumaat lepas pada 1.769 bilion saham bernilai RM2.362 bilion.

Antara saham aktif, KNM Group meningkat 9.5 sen kepada 99 sen, Sino Hua-An International naik 7.5 sen kepada 52.5 sen, manakala Compugates rugi satu sen kepada lapan sen. Bagi saham wajaran berat, Sime Darby dan Tenaga Nasional susut 10 sen dan 25 sen masing-masing kepada RM7.10 dan RM7.90 disebabkan beberapa pelarasan dalam harga saham selepas melonjak pada Jumaat.

Bagi Maybank dan Bumiputra-Commerce, kedua-duanya menokok 25 sen dan 20 sen kepada RM5.30 dan RM8.75. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 1.362 bilion saham bernilai RM1.608 bilion saham daripada 1.576 bilion saham bernilai RM2.297 bilion Jumaat lalu.

Jumlah dagangan di Papan Kedua naik kepada 88.500 juta unit bernilai RM39.824 juta saham daripada 79.398 juta unit bernilai RM37.235 juta sebelumnya. Di Pasaran Mesdaq, jumlah dagangan meningkat kepada 97.071 juta saham bernilai RM23.004 juta saham daripada 71.438 juta saham bernilai RM18.310 juta pada Jumaat.

Waran naik kepada 48.457 juta unit bernilai RM7.515 juta saham daripada 32.024 juta unit bernilai RM5.378 juta sebelumnya. Mengikut sektor, barang pengguna menguasai 45.921 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 444.219 juta, pembinaan 101.770 juta, dagangan/perkhidmatan 542.635 juta, teknologi 13.652 juta, infrastruktur 16.592 juta, kewangan 64.460 juta, hotel 3.586 juta, hartanah 180.972 juta, perladangan 37.033 juta, perlombongan 30,000, REIT 1.194 juta, dan tertutup/dana 155,600.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers