KUALA LUMPUR 1 Jun - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini disokong oleh sentimen positif di rantau ini, dengan saham perbankan dan perladangan menerajui saham untung, kata para peniaga.
Semasa ditutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) naik 17.69 mata pada 1,061.80 selepas dibuka 3.51 mata lebih tinggi pada 1,047.62 pada sebelah pagi.
Peniaga-peniaga berkata minat kukuh dilihat dalam semua saham, terutamanya dalam saham perbankan dengan jangkaan pasaran modal akan pulih dengan peningkatan aktiviti dalam dagangan bon dan tawaran awam awal.
Indeks Perladangan menambah 66.50 mata kepada 5,362.27, Indeks Perusahaan naik 27.0 mata kepada 2,349.10 manakala Indeks Kewangan menokok 178.49 mata kepada 8,182.98.
Indeks FBMEmas menambah 110.71 mata kepada 7,094.92, Indeks FBM30 melonjak 89.41 mata kepada 6,766.68 dan Indeks FBMMesdaq naik 7.95 mata kepada 4,047.64. Bagaimanapun Indeks FBM2BRD susut 3.32 mata kepada 4,571.45.
Dalam dagangan aktif, saham untung mengatasi rugi pada 424 berbanding 235, manakala 205 kaunter tidak berubah, 374 tidak didagangkan dan 35 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 1.606 bilion saham bernilai RM1.682 bilion saham Jumaat lepas pada 1.769 bilion saham bernilai RM2.362 bilion.
Antara saham aktif, KNM Group meningkat 9.5 sen kepada 99 sen, Sino Hua-An International naik 7.5 sen kepada 52.5 sen, manakala Compugates rugi satu sen kepada lapan sen.
Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 1.362 bilion saham bernilai RM1.608 bilion saham daripada 1.576 bilion saham bernilai RM2.297 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan di Papan Kedua naik kepada 88.500 juta unit bernilai RM39.824 juta saham daripada 79.398 juta unit bernilai RM37.235 juta sebelumnya.
Di Pasaran Mesdaq, jumlah dagangan meningkat kepada 97.071 juta saham bernilai RM23.004 juta saham daripada 71.438 juta saham bernilai RM18.310 juta pada Jumaat lepas. Waran naik kepada 48.457 juta unit bernilai RM7.515 juta saham daripada 32.024 juta unit bernilai RM5.378 juta sebelumnya.
Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 45.921 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 444.219 juta, pembinaan 101.770 juta, dagangan/perkhidmatan 542.635 juta, teknologi 13.652 juta, infrastruktur 16.592 juta, kewangan 64.460 juta, hotel 3.586 juta, hartanah 180.972 juta, perladangan 37.033 juta, perlombongan 30,000, REIT 1.194 juta, dan dana tertutup 155,600. - Bernama
June 2, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com