June 2, 2009

KLCI melonjak lepasi paras 1,060 mata

INDEKS Komposit Kuala Lumpur (KLCI) melonjak melepasi paras 1,060 mata semalam, paras tertinggi dalam tempoh lebih sembilan bulan didorong belian berterusan dana asing dengan jangkaan pemulihan ekonomi negara menjelang separuh kedua tahun ini.

Penanda aras utama di Bursa Malaysia itu meningkat 17.69 mata atau 1.69 peratus peratus untuk ditutup pada 1,061.80 mata. Kenaikan di pasaran tempatan itu juga sejajar dengan peningkatan bursa utama serantau didahului pasaran saham Indonesia dengan Indeks Komposit Jakarta melonjak 4.26 peratus kepada 1,998.58 mata.

Ia diikuti Hong Kong dengan Indeks Hang Seng naik 3.95 peratus kepada 18,888.59 mata; Bursa Saham Shanghai (naik 3.36 peratus kepada 2,721.28 mata); Bursa Saham Singapura (naik 2.19 peratus kepada 2,380.07 mata); Bursa Saham Tokyo (naik 1.63 peratus kepada 9,677.75 mata) dan Bursa Saham Korea (naik 1.38 peratus kepada 1,415.10 mata).

Pengurus Kanan Pelaburan Institusi Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Deti Affendi Kadir, berkata petunjuk awal mengenai prospek pengembangan berterusan ekonomi China yang menjadi enjin pertumbuhan ekonomi Asia, menyebabkan dana asing kembali memasuki pasaran ekuiti dan komoditi rantau ini termasuk Malaysia. “Walaupun ekonomi negara mencatat penguncupan di luar jangkaan sebanyak 6.2 peratus pada suku pertama lalu, namun pelabur memandang lebih jauh dan yakin keupayaan negara untuk mencatat prestasi lebih baik menjelang hujung tahun ini.

“Pemulihan ekonomi China yang dijangka merangsangkan semula eksport serta meningkatkan permintaan komoditi utama termasuk minyak mentah dan sawit, dijangka memberi manfaat kepada Malaysia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Katanya, kemasukan pelabur asing ke negara ini dapat dilihat menerusi kenaikan nilai ringgit yang melonjak kepada RM3.47 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), tertinggi dalam tempoh lima bulan, meningkat 6.27 peratus daripada sekitar RM3.72 yang pada awal tahun ini.

Penganalisis CIMB Research, Terence Wong, berkata aliran masuk dana asing ke pasaran tempatan mula dikesan pada April lalu setelah menyepi daripada pasaran tempatan dalam tempoh 13 bulan berturut-turut. “Berdasarkan laporan Penyelidikan Dana Portfolio Baru Muncul (EPFR), dana asing adalah pembeli utama yang mendominasi pasaran ekuiti tempatan pada April lalu dengan jumlah kemasukan AS$36 juta (RM126.36 juta).

“Walaupun angka rasmi bagi bulan ini masih belum dilaporkan, namun kami yakin situasi itu masih berterusan,” katanya. Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata dari sudut teknikal, aliran pasaran saham tempatan kekal kukuh walaupun ada petunjuk terlebih belian. Katanya, KLCI kini berpotensi melonjak ke paras halangan 1,070 mata dan jika ia mampu melepasi paras itu, maka paras halangan seterusnya adalah 1,100 mata.

Turut meningkat semalam adalah harga minyak sawit mentah (MSM) yang ditutup pada RM2,634 setan, meningkat RM74 atau 2.8 peratus berbanding penutup Jumaat lalu, susulan laporan Intertek Testing Services, firma penyelidikan kargo bahawa eksport minyak sawit Malaysia bagi Mei meningkat 1.7 peratus kepada 1.211 juta tan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers