KUALA LUMPUR 1 Jun - Arab Saudi menawarkan peluang pelaburan bernilai RM1.75 trilion (AS$500 bilion) untuk tempoh lima tahun akan datang kepada para pelabur tempatan di dalam pelbagai sektor.
Setiausaha Agung Dewan Perdagangan dan Industri Arab Saudi, Dr. Fahad Saleh A. AlSultan berkata, pelabur atau syarikat tempatan perlu merebut peluang tersebut kerana prospek untuk berkembang ke Negara-negara Teluk lain adalah cerah.
Ini kerana katanya, pelbagai sektor yang menawarkan peluang pelaburan itu adalah berkaitan dengan negara-negara Teluk lain seperti pendidikan, kesihatan, telekomunikasi, infrastruktur, pertanian dan landasan kereta api.
"Kami merasakan kepakaran yang ada di negara ini amat berguna untuk pembangunan di Arab Saudi. Kami memerlukan teknologi dan kepakaran anda," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dr. Wong Lai Sum.
Menurut Fahad Saleh, perdagangan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia kini mencecah RM10.5 bilion (AS$3 bilion) dan menjangka nilai tersebut akan meningkat walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global.
Katanya, ekonomi Arab Saudi tidak terjejas teruk oleh kelembapan ekonomi dunia malah peluang pelaburan tetap ada bagi Malaysia meningkatkan eksport ke negara itu.
"Ada banyak peluang dan ruang bagi kedua-dua negara khususnya Malaysia untuk meningkatkan dagangan dua hala," katanya.
Ujar Fahad Saleh, pihaknya berharap jumlah dagangan dua hala pada tahun ini akan meningkat sebanyak dua digit berbanding tahun lalu sekali gus mengeratkan lagi hubungan dua hala.
Keluaran Dalam Negara Kasar bagi Arab Saudi berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun lepas dan pada tahun ini ia dijangka meningkat kepada 6.2 peratus
June 2, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com