June 2, 2009

Lebih ramai pilih pengeluaran fleksibel KWSP

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, lebih ramai pencarumnya memilih pengeluaran fleksibel apabila usia 55 tahun bagi menguruskan simpanan persaraan dengan lebih baik. Katanya, pengeluaran caruman sedemikian menyaksikan peningkatan ketara pada suku pertama 2009.

"Dalam tempoh itu, KWSP meluluskan 9,731 permohonan di bawah Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun berbanding 7,538 permohonan pada suku keempat 2008. Ia peningkatan 85.46 peratus berbanding 5,247 permohonan dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.

Mengikut kenyataan itu, jumlah keseluruhan dikeluarkan di bawah kaedah pengeluaran itu mencecah RM505.94 juta berbanding RM442.71 juta berbanding RM341.85 juta pada suku pertama 2008. Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol dalam kenyataan itu berkata, kaedah pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun yang semakin popular memberi gambaran meningkatnya kesedaran pencarum jika mereka membuat pengeluaran penuh, simpanan itu mungkin habis digunakan pada masa singkat.

"Pengeluaran fleksibel ini diperkenalkan pada November 2007 di bawah inisiatif strategik 'Bukan Hanya Simpanan'. Ia menawarkan pilihan kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan KWSP secara berperingkat dan mengikut keperluan," katanya.

Katanya, bagaimanapun, pengeluaran penuh umur 55 tahun kekal pilihan yang popular di kalangan pencarum. Pada suku pertama lalu, KWSP meluluskan 35,640 permohonan pengeluaran itu dengan jumlah keseluruhan RM1.62 bilion. "Ini berbanding 29,744 permohonan diluluskan pada suku pertama 2008 dengan pengeluaran RM1.43 bilion," katanya. Zainol berkata, pencarum terus mengambil peluang daripada pengeluaran pendidikan yang membenarkan ahli mengeluarkan simpanan akaun 2 bagi membiayai yuran pengajian pencarum atau anak pencarum, sama ada di dalam atau luar negara.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers