KERAJAAN yakin berada di landasan betul ke arah pemulihan berikutan kesan kesuraman ekonomi global sedia ada, menerusi pelbagai langkah dan insentif diperkenalkan, selain mengharapkan tempias positif daripada pakej rangsangan negara serantau.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata rizab antarabangsa yang kukuh dan sistem pengurusan kewangan matang turut membantu dalam menstabilkan keadaan.
Katanya, walaupun ekonomi Malaysia menguncup 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini, kerajaan yakin keadaan akan menjadi lebih baik menjelang suku keempat.
“Rizab antarabangsa negara yang kukuh adalah kelebihan yang meletakkan Malaysia jauh di hadapan berbanding lain. Mengambil iktibar daripada pengalaman lampau, kita lebih bersedia berdepan krisis kali ini dan lebih memahami apa yang perlu dilakukan untuk menampan kesannya.
“Langkah konservatif yang diambil kerajaan seperti penggabungan bank dan mengelak daripada terbabit dalam spekulasi saham seperti berlaku di Amerika Syarikat (AS) serta Eropah, turut membolehkan ekonomi Malaysia ‘bernafas lebih mudah’ walaupun dalam suasana tidak menentu,” katanya di Kota Kinabalu, kelmarin.
Terdahulu, beliau melawat Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar dan diberi taklimat operasinya oleh Ketua Eksekutif KKIP, Datuk Chong Hon Len.
Minggu lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, mengumumkan ekonomi Malaysia menguncup 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini berikutan kemerosotan ketara eksport produk perkilangan dan komoditi akibat kemelesetan meruncing di negara maju.
Penguncupan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam tempoh itu dilaporkan turut disumbangkan oleh penurunan pelaburan berikutan sentimen perniagaan yang lemah, tetapi suntikan perbelanjaan sektor awam memberikan sedikit sokongan.
Mukhriz menambah, kerajaan juga berharap pakej rangsangan China yang diumumkan tahun lalu, turut menyuntik kesan positif terhadap usaha pemulihan ekonomi di Malaysia. “Mereka (China) perlu berbelanja untuk menggerakkan ekonomi dan kita harap Malaysia turut tersenarai sebagai antara destinasi pelaburannya, terutama dalam penyediaan kemudahan asas.
“Maklum balas yang diterima daripada industri pembuatan menyebut China sudah mula membuat pelbagai pesanan dan perkembangan ini semestinya baik untuk lonjakan ekonomi kita,” katanya.
September tahun lalu, China mengumumkan pakej rangsangan bernilai AS$586 bilion yang akan dibelanjakan untuk meningkatkan prasarana terutama jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan grid tenaga, selain tumpuan terhadap usaha pembinaan rumah mampu milik serta perlindungan alam sekitar bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.
Mukhriz berkata, Malaysia juga memantau kesan dasar pentadbiran Presiden AS, Barack Obama, yang mengumumkan untuk mengenakan cukai ke atas syarikat negara itu yang beroperasi di seberang laut.
“Bagaimanapun, secara umumnya syarikat terbabit (AS) menyatakan hasrat untuk kekal beroperasi di Malaysia dan dasar itu tidak menjejaskan pelaburan mereka. “Malah, ada yang menyatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan selepas mengambil kira kesan dan manfaatnya dalam jangka panjang,” katanya.
Awal bulan lalu, Obama mengumumkan menstruktur semula sistem percukaian negara itu yang disifatkan sebagai dipenuhi lompang korporat, selain mendatangkan pulangan lumayan bagi syarikat dari AS yang membuka peluang pekerjaan di luar negara.
June 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com