AKTIVITI pengambilan untung, suasana tidak menentu menjelang kematangan kontrak niaga hadapan, risiko penurunan ekoran pengumuman penguncupan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang di luar jangkaan serta momentum belian saham mewah yang perlahan, menyaksikan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kembali susut daripada paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan untuk ditutup hampir tidak berubah minggu lalu.
Pada asas mingguan, KLCI susut 1.15 mata atau 0.1 peratus kepada 1,044.11 mata setelah kenaikan saat akhir harga TNB (+3.94), Sime Darby (+3.28) dan Genting Bhd (+1.68) - menampung kerugian Telekom Malaysia (-7.42) ekoran langkah pembayaran balik modal yang besar. Jumlah purata dan nilai dagangan turut merosot kepada 1.58 bilion saham bernilai RM1.61 bilion minggu lalu, berbanding 1.6 bilion saham bernilai RM1.55 bilion minggu sebelumnya.
Minggu lalu, pengumuman luar jangkaan KDNK suku pertama tahun yang menguncup 6.2 peratus adalah amat mengejutkan, namun aktiviti belian kukuh pada Khamis berjaya menyerap sentimen buruk itu. KLCI pulih kembali pada Jumaat didorong oleh berita positif luar negara, antaranya pemulihan ekonomi Jepun yang menyaksikan peningkatan pengeluaran industri di luar jangkaan sebanyak 5.2 peratus pada April berbanding bulan sebelumnya, petunjuk pemulihan ekonomi China yang digambarkan oleh aliran masuk pelaburan asing serta pertumbuhan KDNK suku pertama India yang meningkat 5.8 peratus.
Untuk mengatakan minat pasaran terjejas susulan musim cuti sekolah mungkin adalah kurang wajar, namun itu realitinya berdasarkan sejarah pergerakan pasaran terdahulu.
Walau begitu, pada minggu ini banyak berita menarik yang akan dilaporkan, antaranya adalah keputusan pilihan raya kecil Penanti. Bagaimanapun, ia dijangka tidak memberi kesan kepada pasaran saham kerana Barisan Nasional tidak akan bertanding dalam pilihan raya itu.
Ketika ini, amat penting bagi kerajaan untuk menumpukan kepada reformasi dan pengurusan ekonomi bagi menarik kemasukan pelabur dan sehingga kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menggariskan cadangan dan keperluan untuk tujuan itu. Pengumuman pakej rangsangan ekonomi ketiga untuk menjana semula pertumbuhan ekonomi, dilihat perlu ketika ini susulan penguncupan drastik ekonomi pada suku pertama tahun ini.
Secara umumnya, suntikan dana menerusi pakej pertama dan kedua dianggarkan berjumlah RM22 bilion, jika tidak mengambil kira jaminan pinjaman dan inisiatif sektor swasta. Berdasarkan angka dagangan yang masih lemah serta penurunan aktiviti ekonomi pada suku pertama, kita mungkin memerlukan satu lagi suntikan bagi merangsang semula permintaan domestik.
Angka dagangan baru iaitu bagi April akan diumumkan pada Khamis ini dan sebahagian besar penganalisis menjangka berlaku penguncupan eksport dan import, masing-masing sebanyak 22 peratus hingga 28 peratus.
Sementara itu, angka rizab antarabangsa asing yang akan diumumkan pada hari berikutnya akan memberi petunjuk mengenai aliran pelaburan asing. Kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) memberi manfaat kepada negara ekonomi baru muncul seperti Malaysia jika pelabur menjual aset berasaskan dolar dan mula membeli komoditi.
Minggu ini, pasaran saham tempatan dijangka mengukuh susulan musim cuti sekolah, dengan paras sokongan KLCI pada 1,037 mata dan 1,000.34 mata, manakala paras halangan adalah 1,064; 1,078 dan 1,100 mata. Pengukuhan pasaran minggu ini juga akan membuka peluang kepada pelabur untuk mengumpul kaunter berpotensi seperti dalam sektor minyak dan gas.
June 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com