June 1, 2009

Saham diniagakan tinggi minggu ini

KUALA LUMPUR 31 Mei - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini memandangkan masih terdapat banyak lebihan mudah tunai di pasaran, diikuti dengan sentimen positif di sekitar rantau ini.

"Pasaran boleh meningkat lagi berbanding minggu lepas di mana indeksnya tidak berubah," kata Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew.

Beliau berkata, para pelabur mula mengenepikan penguncupan ekonomi di Malaysia dan meninjau petunjuk-petunjuk baru, terutamanya dalam lingkungan rantau ini.

Teng Siew berkata, laporan mengenai pengeluaran perindustrian Jepun meningkat 5.2 peratus dan ekonomi India mengembang pada rentak yang lebih pantas daripada yang dijangkakan iaitu pada 5.8 peratus pada suku berakhir 31 Mac, telah membantu menstabilkan sentimen di rantau ini.

Berita itu sebenarnya telah merangsangkan pasaran pada Jumaat dan kami menjangkakan mungkin terdapatnya kesan limpahan daripadanya minggu depan," kata seorang penganalisis lain.

Dengan demikian, Teng Siew menjangkakan pasaran tempatan akan terus mencuba paras halangan 1,070 mata dengan sokongan pada 1,010 mata minggu ini.

Pada Rabu, Bank Negara telah mengumumkan yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia menguncup 6.2 peratus daripada pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Khamis yang ekonomi akan mengecut antara -4.0 dan -5.0 peratus tahun ini tetapi ekonomi dijangka mempamerkan prestasi yang lebih baik pada separuh kedua tahun ini.

Pada minggu urus niaga minggu lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) mencecah paras baru 1,053.14 pada 25 Mei, tetapi mengurangkan keuntungan yang dikaut pada hari Khamis.
Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, IKKL mengakhiri minggu urus niaga pada 1,044.11, susut 1.15 mata daripada penutup minggu sebelumnya 1,045.26.

Indeks Kewangan turun 144.26 mata kepada 8,004.49 tetapi Indeks Perindustrian menokok 20.84 mata kepada 2,322.10 dan Indeks Perladangan merosot 162.64 mata kepada 5,295.77 dan FMBEmas pula 13.89 mata lebih tinggi pada 6,984.21.

Indeks FBM2BRD mengukuh 47.89 mata kepada 4,575.77 dan FBM30 merosot 20.21 mata kepada 6,677.27 sementara FBMMDQ meningkat 541.77 mata kepada 4,039.69.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 7.899 bilion saham bernilai RM8.034 bilion daripada 8.081 bilion saham bernilai RM7.757 bilion minggu lalu.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 6.32 bilion unit bernilai RM7.63 bilion daripada 6.837 bilion unit bernilai RM7.428 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di Papan Kedua lebih rendah kepada 476.139 juta saham bernilai 213.275 juta daripada 566.076 juta saham bernilai RM208.588 juta minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 411.76 juta saham bernilai RM100.5 juta berbanding 347.009 juta saham bernilai RM66.691 juta.
Waran panggilan turut menambah kepada 224.018 juta saham bernilai RM36.326 juta daripada 169.177 juta saham bernilai RM30.356 juta sebelumnya. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers