June 22, 2009

Analisis Saham: Leweko diunjur kembali raih untung

Syarikat lupus ladang kelapa sawit, tumpu perniagaan pengeluaran produk kayu DENGAN perubahan komposisi perniagaannya, keuntungan Leweko Resources Bhd bagi baki tahun ini tidak dapat dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Sumbangan bahagian minyak sawit akan terhenti selepas suku ketiga tahun ini, yang mana Leweko bakal menjadi syarikat yang menumpu kepada produk kayu sepenuhnya.

Pada 27 Mac, Leweko memeterai perjanjian penjualan bagi melupuskan ladang sawitnya membabitkan pertimbangan tunai RM35.7 juta. Pelupusan itu dijangka selesai pada suku ketiga 2009.

Bahagian itu menyumbang keuntungan sebelum cukai RM1 juta berdasarkan pendapatan RM2.5 juta pada suku kewangan pertama berakhir 31 Mac 2009. Leweko mencatat kerugian bersih RM1.1 juta pada suku kewangan pertama berakhir 31 Mac 2009 berbanding keuntungan bersih RM1.7 juta suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan pada suku berkenaan susut 63.3 peratus kepada RM11.6 juta berbanding RM31.7 juta suku sama tahun lalu. Walaupun ramai menjangka syarikat itu akan mencatat keputusan hambar pada suku berkenaan, tetapi prestasi kewangan itu jauh lebih buruk daripada jangkaan ramai penganalisis.

Keputusan lemah itu disebabkan terutama oleh permintaan lebih perlahan untuk produk kayu, khususnya dari Eropah yang adalah pasaran utama syarikat. Pendapatan bahagian produk kayu kumpulan itu susut 54 peratus pada suku yang dikaji berbanding setahun lalu tetapi meningkat 30.2 peratus berbanding suku sebelumnya.

Kerugian segmen itu pada suku berkenaan mencecah RM2.5 juta berbanding RM1.3 juta tahun lalu, tetapi jauh lebih baik berbanding kerugian suku sebelumnya sebanyak RM8 juta. Standard & Poor’s menjangkakan permintaan terhadap produk kayu akan kekal lemah tahun ini selaras pemulihan perlahan sektor pembinaan dan perumahan.

Sungguhpun melupuskan ladang sawitnya pada 25 Mac lalu, Leweko menyelesaikan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam SCK Wooden Industries Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM8.2 juta.

Pembelian itu bakal mengimbangi kehilangan sumbangan daripada bahagian minyak sawitnya. Sumbangan daripada SCK hanya akan bermula pada suku kedua 2009. Susulan pembelian SCK dan pelupusan ladang sawit, S&P telah menyemak semula unjurannya untuk tahun kewangan 2009 dan 2010.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers