PASIR PUTEH 31 Mei - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yakin 9.3 juta pemegang saham dalam unit-unit amanah tidak akan terjejas teruk untuk mereka terus meraih keuntungan walaupun dalam krisis ekonomi global yang masih tidak menentu.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pihaknya sedang memantau prestasi lebih 300 buah syarikat pelaburan agar mereka mampu bersaing dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat.
"Kita yakin sebahagian besar syarikat berkenaan mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengurangkan tekanan dan sekaligus mereka masih mampu memberi pulangan kepada PNB," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Skor A SPM Untuk Pelajar Sekolah Kelab Pelaburan Bijak PNB 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut di sini.
Seramai 250 pelajar dari 10 buah sekolah menengah kebangsaan di Kelantan menyertai majlis berkenaan.
Sehingga kini PNB mengendalikan dana proprietari berjumlah RM100 bilion dan sebahagian besar dana berkenaan dilabur oleh orang ramai menerusi pelbagai unit yang ditubuhkan.
Beliau berkata, keyakinan itu didorong pula oleh kepercayaan orang ramai yang memberi sambutan yang memberangsangkan terhadap terhadap unit-unit amanah yang ditubuhkan.
Katanya, ini jelas sebagaimana sambutan yang diberikan terhadap unit Saham Wawasan 2020 dari Januari sehingga April lepas sebanyak RM6 bilion saham telah dibeli oleh pelabur sebaik sahaja ia dibuka kepada orang ramai.
Selain itu, pihaknya juga sedang merancang untuk melabur dalam hartanah yang mempunyai potensi besar pada jangka panjang untuk diterokai, katanya.
Beliau berkata, sehingga ini pihaknya telah membeli Hotel Perdana di Kota Baharu yang kini sedang dinaik taraf ke tahap lima bintang selain membeli tanah di hadapan Kuala Lumpur City Centre (KLCC). - BERNAMA
June 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com