PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Yayasan Sime Darby, iaitu sebahagian inisiatif tang-gungjawab sosial korporat (CSR) Sime Darby Bhd.
Yayasan dengan peruntukan antara RM50 juta hingga RM100 juta setahun itu akan melaksanakan pelbagai aktiviti bertujuan meningkatkan mutu hidup masyarakat negara ini dan luar negara, sejajar status konglomerat itu sebagai sebuah syarikat global.
Lima aktiviti teras yang diberikan keutamaan dalam agihan peruntukan disediakan ialah pembangunan komuniti; pendidikan; belia, sukan dan rekreasi; seni dan budaya; pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan ekosistem.
Yayasan itu diterajui majlis dipengerusikan Tun Musa Hitam. Anggotanya lain ialah Tunku Tan Sri Ahmad Tunku Yahaya, Tan Sri Abang Haji Ahmad Urai, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Datin Paduka Zaitoon Othman, Datuk Dr M Jegathesan dan Caroline Christine Russell.
Musa yang juga Pengerusi Sime Darby dalam ucapannya pada pelancaran itu berkata, Yayasan Sime Darby berhasrat membantu masyarakat terpinggir dan terpencil bagi membolehkan mereka menikmati taraf hidup sama seperti masyarakat lain di negara ini. “Ia juga bertujuan memastikan semua rakyat, khususnya golongan kurang mata pencariannya mendapat peluang diperlukan dalam hidup,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid. Yayasan Sime Darby mula ditubuhkan pada 1982 dengan menumpukan aktivitinya kepada pendidikan termasuk memberi biasiswa kepada pelajar yang memer-lukan dan hingga kini lebih 1,610 pelajar yang sudah ditaja.
Bagaimanapun, struktur yayasan itu yang baru mengembangkan skop tumpuannya bukan saja untuk menaja pelajar cemerlang di Malaysia, tetapi Singapura, Indonesia, Hong Kong, China, Australia dan Thailand, untuk membiayai pengajian masing-masing di pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Tahun kewangan lalu, Yayasan Sime Darby mengeluarkan biasiswa bernilai RM18.8 juta kepada 285 pelajar.
Antara projek lain yang mendapat sokongan yayasan itu adalah Program Rizab Hidupan Liar Tabin di Sabah dan program pemuliharaan badak sumbu Borneo dan sejumlah RM2.3 juta sudah disalurkan untuk pengurusan dan keperluan kedua-dua program berkenaan.
Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata, setakat ini tidak ada tanda menunjukkan kekurangan inisiatif untuk membangunkan teknologi berkaitan pemuliharaan alam.
August 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com