KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul untuk pulih. "Saya rasa waktu sukar telah berlalu. Kita semakin pulih," kata Najib kepada pemberita semasa ditanya mengenai angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkini yang diumumkan Bank Negara Malaysia semalam. Pertumbuhan KDNK Malaysia dalam suku kedua 2009 menguncup 3.9 peratus berbanding penurunan 6.2 peratus pada suku pertama.
Ini membawa kepada pertumbuhan KDNK separuh pertama tahun ini pada -5.1 peratus. Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, semasa mengumumkan angka KDNK itu berkata penguncupan kecil ini adalah hasil daripada perbelanjaan awam yang tinggi dan pertumbuhan positif dalam penggunaan swasta.
Najib yang ditemui selepas melawat Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia di sini, berkata beliau gembira dengan angka terkini itu.
"Kedua-dua pakej rangsangan telah menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan. - Bernama
August 27, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com