August 24, 2009

CDC tumpu sumbangan ekonomi koridor pembangunan

CORRIDOR Development Corp Bhd (CDC), agensi yang ditubuhkan bagi menggalakkan pelaburan di lima koridor pembangunan di negara ini akan menumpukan kepada usaha untuk mengembangkan sumbangan ekonomi daripada kegiatan terpilih dalam koridor berkenaan. Koridor itu ialah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER), Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, Wilayah Koridor Pembangunan Sabah dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR).
Ketua Eksekutifnya, Datuk Hamzah Dol Mat, berkata CDC ditubuhkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam menarik dan memudahkan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan tempatan ke koridor berkenaan.

“Pembentukan CDC ini tepat pada masanya memandangkan Malaysia masih kekal antara destinasi pelaburan paling menarik di kalangan pelabur domestik dan asing berikutan kelebihan geografinya,” katanya. Hamzah berkata, Malaysia masih memerlukan lebih banyak agensi penggalakan pelaburan untuk memasarkan dan mewujudkan peluang pelaburan untuk pelabur.

“Dengan pelancaran CDC, kami melihat kepada mempromosikan sektor pelaburan yang pelbagai memandangkan setiap koridor mempunyai pengkhususannya yang tersendiri,” katanya.
Hamzah berkata, sektor ekonomi yang dikenal pasti dipromosikan ialah makanan dan produk halal (ECER); pelancongan dan pertanian (NCER); kuasa hidro dan minyak sawit (SCORE); pembuatan berasaskan sumber (SDC); dan sektor mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran serta hospitaliti (IDR).

“Matlamat kami ialah menjadikan CDC agensi penggalakan pelaburan terkemuka di dalam negara dan juga dikenali sebagai pusat sehenti untuk aktiviti penjenamaan, pemasaran dan penggalakan meliputi kelima-lima koridor pembangunan itu,” katanya. CDC, yang ditubuhkan pada Julai lalu, akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan agenda pembangunan kerajaan dengan mewujudkan kesedaran, promosi dan peluang pelaburan yang ada di kelima-lima koridor itu seiring dengan sasaran negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Ia turut menawarkan maklumat bagaimana menubuhkan operasi di Malaysia, mengatur lawatan ke tapak, khidmat nasihat mengenai insentif tempatan dan serantau, dasar dan memanfaatkan sumber bersama pemasaran, promosi pelaburan dan aktiviti membina imej.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers