August 26, 2009

Saham ditutup lebih rendah

Ulasan Pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan pada paras lebih rendah dengan penjualan saham mewah terpilih seperti Sime Darby dan British American Tobacco, kata peniaga.

Bagaimanapun, kejatuhan itu terbatas disebabkan kenaikan harga saham mewah lain seperti Bumiputera-Commerce dan Tenaga Nasional, katanya. Pada akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 3.4 mata atau 0.28 peratus kepada 1,171.09, setelah dibuka tanpa berubah pada 1,174.49 pagi semalam.

Ketua Penyelidik di OSK, Chris Eng, berkata pasaran dijangka kekal dalam jajaran sempit beberapa bulan akan datang iaitu antara 1,180 dengan 1,200 mata. “Kami tidak fikir pasaran akan banyak turun. Walaupun pasaran dinilai terlebih tinggi sedikit, namun kebanyakan pelabur tidak bersedia menjual saham mereka dan mereka juga tidak mahu membeli buat masa ini,” katanya. Eng berkata, pelabur mungkin mencari saham bermodal kecil dalam segmen seperti minyak dan gas, dan getah berbanding berurus niaga di kaunter bermodal besar.

“Pada umumnya, pasaran tempatan masih bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat (AS) dan China. China mungkin terus menyaksikan dagangan berjajaran, AS mungkin menyaksikan sedikit pergerakan meningkat meskipun terhad,” katanya.

Pada jam 5.00 petang, Indeks Kewangan naik 1.25 mata kepada 9,486.35 manakala Indeks Perladangan turun 9.08 mata kepada 5,836.73 dan Indeks Perusahaan susut 15.08 mata kepada 2,575.54. Indeks FBM Emas jatuh 27.75 mata kepada 7,904.47, FBM Top 100 susut 23.94 mata kepada 7,864.34 dan Indeks FBM ACE turun 12.71 mata kepada 4,170.14. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 356 berbanding 273 manakala 233 kaunter tidak berubah, 383 tidak diniagakan, dan tiada kaunter digantung urus niaga.

Jumlah dagangan bertambah kepada 709.248 juta saham bernilai RM985.757 juta daripada 694.863 juta saham bernilai RM1.11 bilion kelmarin. Antara kaunter tertinggi jumlah dagangannya, KTB menokok setengah sen kepada 26.5 sen, MSports dan KNM masing-masing kekal pada 64.5 sen dan 76 sen, manakala TM susut dua sen kepada RM3.06.

Kaunter meraih kenaikan tertinggi termasuklah Huatlai yang meningkat 30 sen kepada 75 sen, Nestle mengukuh 22 sen kepada RM33.44 dan Chuan menokok 18 sen kepada 72 sen. Antara saham mengalami kejatuhan paling besar, British American Tobacco turun 68 sen kepada RM45.02, Cepco susut 53 sen kepada RM2.75 dan Tanjong hilang 50 sen kepada RM14.78. Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun tiga sen kepada RM8.22 manakala Maybank kekal pada RM6.52, Bumiputera-Commerce naik dua sen kepada RM10.36 dan Tenaga Nasional menambah sesen kepada RM8.01.

Yang lainnya termasuklah IOI Corp dan Axiata yang turun sesen, masing-masing kepada RM5.10 dan RM3.09, serta RHB Cap yang meningkat empat sen kepada RM4.64. Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama bertambah kepada 650.807 juta saham bernilai RM973.945 juta berbanding 631.733 juta saham bernilai RM1.097 bilion kelmarin. Pasaran ACE, bagaimanapun, menyaksikan penyusutan jumlah dagangan kepada 29.934 juta saham bernilai RM5.924 juta daripada 38.512 juta saham bernilai RM6.863 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 25.842 juta unit bernilai RM4.843 juta daripada 21.987 juta unit bernilai RM4.755 juta. Barangan pengguna menguasai 82.098 juta saham diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 148.527 juta, pembinaan 35.683 juta, perdagangan/perkhidmatan 228.620 juta, teknologi 23.916 juta, prasarana 12.943 juta, kewangan 54.549 juta, hotel 630,300, harta 50.425 juta, perladangan 11.611 juta, perlombongan tiada, REIT 1.769 juta, dan dana tertutup 32,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers