August 26, 2009

Nilai industri penyumberan luar cecah RM6.65 bilion

Oleh Zuraidah Mohamedzmohamed@bharian.com.my

INDUSTRI penyumberan luar Malaysia dijangka mencecah AS$1.9 bilion (RM6.65 bilion) menjelang 2013 didorong oleh pembangunan tenaga kerja terlatih yang mantap dan pengembangan pemasaran produk serta perkhidmatan di peringkat antarabangsa. Pengerusi Outsourcing Malaysia, David Wong, berkata industri itu dianggarkan bernilai AS$1.1 bilion tahun ini, dengan kadar pertumbuhan tahunan 15 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, ketika ini perkhidmatan penyumberan luar teknologi maklumat (IT) kekal 50 peratus daripada pasaran industri diikuti proses perniagaan (32 peratus) manakala penyumberan luar pengetahuan hanya dua peratus.

“Masih ada banyak potensi yang belum diteroka dalam industri penyumberan luar. Malah, kami turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan dan multinasional melaksanakan penyumberan luar terhadap aktiviti bukan teras.

“Ini termasuk pusat panggilan dan data mereka bagi menggalakkan pertumbuhan industri ini,” katanya pada sidang media mengenai hasil laporan penyelidikan bertajuk Outsourcing in Malaysia: Scaling New Heights di Kuala Lumpur, semalam. Ia dihasilkan Outsourcing Malaysia, iaitu bahagian Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) dengan kerjasama ValueNotes Database, penyedia kepakaran perniagaan dan penyelidikan.

Laporan berkenaan menyediakan analisis lengkap mengenai persekitaran, aliran masa depan dan cabaran yang dihadapi industri penyumberan luar Malaysia. Wong yang juga Pengerusi Pikom, berkata persatuan itu ketika ini mempunyai lebih 1,000 syarikat tempatan dan antarabangsa yang menjadi ahli, menawarkan pelbagai perkhidmatan penyumberan luar.

Bagaimanapun, katanya, laporan berkenaan hanya menganalisis 140 syarikat yang menyumbang lebih 80 peratus kepada pendapatan industri. Memetik laporan itu, katanya, industri masih lagi berdepan dengan cabaran seperti kurangnya pendedahan bagi menjalankan perkhidmatan berskala besar, kos pekerja yang tinggi menyukarkan pembangunan tenaga kerja dan kekurangan dari segi peruntukkan kerajaan juga menghalang industri untuk terus berkembang.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers